Pawagam beri peluang kedua buat filem Rain Town - Utusan Malaysia

Pawagam beri peluang kedua buat filem Rain Town

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan pawagam bersetuju untuk memberi peluang dan melanjutkan tayangan filem Rain Town sehingga 22 Februari ini.

Keputusan itu dicapai selepas perbincangan dilakukan antara syarikat produksi Current Pictures Sdn. Bhd, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan juga wakil pengusaha panggung wayang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengarah Rain Town, Tunku Mona Riza memaklumkan filemnya hanya mendapat dua slot tayangan setiap hari berbanding empat slot sebelum ini.

“Hasil semakan dengan pihak pengedar, pemasaran dan pengurusan panggung, sambutan memang kurang iaitu hanya 100 tiket yang terjual.

“Itu membuatkan pihak panggung mahu menarik semula filem berkenaan.

“Hari Ahad tempoh hari saya duduk bersama ketua pegawai eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, berbincang dengan pihak panggung untuk memanjangkan tempoh tayangan,” katanya.

Tambah Mona, walaupun Rain Town mempunyai lapan hari tambahan untuk tayangan, namun pihak panggung tidak memberikan kata putus slot masa yang diberikan.

“Dalam perbincangan itu, saya juga ada minta kepada pihak panggung. Jika tayangan sudah dipotong kepada dua slot, janganlah pula diberikan slot pukul 11 pagi.

“Mereka maklum dengan permintaan itu. Tapi tiada kata putus. Masa tayangan memang kena semak dalam sistem jadual mereka.

“Pihak panggung juga sudah mengurangkan lokasi tayangan di beberapa panggung,” tambahnya.

Sebelum ini, jualan tiket wayang untuk filem Rain Town sangat rendah sehingga pihak pegurusan pawagam memaklumkan menarik semula tayangan filem berkenaan.

Tunku Mona Riza pengarah filem Rain Town sebelum ini menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib bagi meminta bantuan memanjangkan tempoh tayangan filem berbahasa Mandarin ini.

Pelakonnya, Chew Kin Wah turut memuat naik video merayu orang ramai datang menonton cerita tersebut selepas pihak pawagam mahu mengurangkan slot tayangan filem kerana kurang sambutan.

Rain Town menceritakan tentang konflik keluarga apabila bapanya, Choo mempunyai tabiat buruk yang suka bertaruh.

Filem ini telah mula ditayangkan sejak 8 Februari lalu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya