KUALA LUMPUR: Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norren Iman, mengakui meskipun dia membuka jualan pakaian lama terpakai miliknya, ia bagaimanapun hanya dijual kepada pembeli bukan Muslim sahaja.
Ini kerana, jelas Norren, pakaian-pakaian tersebut berada dalam ketegori seksi dan tidak sesuai digayakan oleh wanita Muslim.
Malah, tegas Norren, tujuan itu juga dilakukanya bagi mengelak berkongsi ‘saham’ dosa di akhirat.
“Minta maaf, hanya yang bukan Islam sahaja boleh beli baju ini. Untuk orang Melayu beli, saya tak nak tanggung dosa.
“Nanti ada pula yang kata saya jual baju tak panjang, nanti orang lain pakai baju ini juga, saya tak mahu,”katanya dalam satu sesi jualan live di media sosial, semalam.
Tambah Norren, pakaian-pakaian terpakai yang dijual itu meskipun banyak kenangan buatnya, ia bagaimanapun terlalu mencolok mata.
“Baju ni banyak kenangan sangat dah. Tak jadi jual baju ni, aku rasa serba salah, tak baiklah,”katanya.
Norren sebelum ini memaklumkan bahawa dia kini di dalam fasa ke arah yang lebih baik susulan perubahan imejnya setelah mengakui tenang menerima hidayah Allah SWT.
Dia juga dilihat sudah mula memadam gambar dan videonya tidak berhijab yang pernah dimuat naik di Instagram (IG) beberapa hari lalu.
Sementara itu, warganet juga mengagumi penghijrahan yang dilakukannya dan mendoakan agar dia kekal istiqamah dengan penampilan tersebut.