Matang bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat - Harris Alif - Utusan Malaysia

Matang bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat – Harris Alif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon, Harris Alif, 24, mengakui dia lebih matang daripada usianya yang sebenar kerana telah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan yang membentuk keperibadiannya kini.

Menurut suami kepada pelakon Intan Ladyana, dia percaya, pengalaman biasanya menjadi guru terbaik buat seseorang itu sekali gus mematangkan diri seseorang individu.

“Bukan saya seorang sahajalah, tetapi semua orang pun begitu. Apa yang mematangkan kita, nak menentukan seseorang itu matang atau tidak, semestinya kerana dia telah lalui macam-macam benda dalam hidup dia.

“Sebab setiap benda, setiap ujian atau apa sahaja yang kita lalui, itu umpama ujian yang mematangkan seseorang. Orang yang kita nampak matang itu maksudnya dia dah lalui macam-macam dalam hidup dia.

“Sebab itulah dia tak ada macam nak buat-buat matang ke dia tak boleh. Benda itu tak boleh buat-buat. Memang secara semula jadi,” kata Harris ketika membuat siaran langsung di TikTok.

Pada perkongsian yang sama, Harris turut berpendapat kematangan seseorang itu hanya dilalui secara semula jadi bukan dengan melakukan pencarian di internet.

“Jadi kalau kita lalui macam-macam fasa dalam hidup kita ini, maksudnya daripada pengalaman apa, pengalaman itulah yang akan mematangkan kita.

“Bukan dia boleh nak cari di enjin carian Internet macam mana nak jadi matang, tak ada. Macam mana nak berfikiran matang, nak berfikiran matang itu mungkin ada cara-cara dia sendirilah.

“Saya percaya apa yang kita lalui dalam hidup kita ini satu pelajaran dalam pelbagai aspek. Tak ada tips atau apa. Tak tahulah ya, tetapi ini adalah pendapat saya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya