Kalau dapat beri contoh yang baik, apa salahnya - Wanss Ahmad - Utusan Malaysia

Kalau dapat beri contoh yang baik, apa salahnya – Wanss Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :  Penyanyi dan pelakon, Wanns Ahmad, 33, mengakui sanggup memotong rambut pendek sekiranya ia disifatkan mampu menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar sekolah dan sesuai dengan imej pendidikan di Malaysia.

Ini kerana, dia kini telah dilantik sebagai duta untuk jenama Jaxer yang mengeluarkan lencana digital untuk kegunaan sekolah seluruh negara.

“Kalau diminta, saya bersedia untuk potong rambut pendek dan ubah penampilan saya. Saya pernah tampil imej berambut pendek, tapi rasanya dah empat ke lima tahun juga saya berambut panjang,” katanya pada sidang media pelancaran album terbaharunya, Syayangku di sini, semalam.

Wanns atau nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad berkata, dia juga akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang hantaran di media sosialnya.

“Kalau boleh, saya nak tunjukkan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar sekolah. Jadi, saya perlu lebih teliti dan berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu hantaran di media sosial.

“Bagi saya, persekolahan adalah satu fasa yang penting, begitu juga proses pembelajaran.

“Sebagai selebriti dan juga duta produk yang berkaitan dengan dunia pendidikan, saya ingin menjalankan tanggungjawab saya sebaik mungkin, sekaligus membawa mesej positif,” katanya.

Sementara itu, mengenai single, kata Wanss, lagu Syayangku tersebut telah ditulis sepenuhnya olehnya.

Selain menghasilkan lagu, Wanns juga buat pertama kalinya menggalas tanggungjawab sebagai pengarah dan mengarahkan video muzik lagu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya