Anak Norman Hakim nikah suami orang senyap-senyap di Songkhla? - Utusan Malaysia

Anak Norman Hakim nikah suami orang senyap-senyap di Songkhla?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi, sekali lagi menjadi bahan perbualan warganet apabila anak perempuan mereka, Marissa Dania, didakwa telah bernikah di Songkhla, Thailand secara senyap-senyap Disember lalu.

Menurut laporan media tempatan, Marissa bernikah dengan seorang lelaki dikenali sebagai Aslam yang juga individu sama didakwa suami orang dalam kontroversi sebelum ini.

Terdahulu, Marissa pernah dikaitkan dan digelar sebagai orang ketiga yang menjadi punca perceraian antara Aslam dengan isterinya, Misya Mazlan.

Menurut sumber, Marissa dan lelaki tersebut mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan keluarga gadis itu dan juga isteri pertama Aslam.

Difahamkan, Marissa dan Aslam telah mendirikan rumah tangga ketika Misya sedang menunaikan umrah di Mekah.

Dalam pada itu, sumber juga mendakwa bahawa ikatan mereka kembali terjalin selepas Aslam dan Misya rujuk semula dan kontroversi hubungan mereka reda.

Sementara itu, cubaan untuk menghubungi Norman Hakim dan Abbdy Abadi bagaimanapun menemui jalan buntu apabila kedua-duanya enggan memberi respons.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya