Afifah Nasir sudah dilamar kekasih - Utusan Malaysia

Afifah Nasir sudah dilamar kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Memilih momen bahagia bersama peminat dan pengikut di media sosial, pelakon, Afifah Nasir, berkongsi berita gembira bahawa dirinya sudah dilamar kekasih hati, Syed Hariz, untuk dijadikan isteri.

Perkara itu dikongsikan Afifah menerusi gambar-gambar manis yang memaparkan dia dan kekasihnya berada di sebuah lapangan terbang sebelum Syed melamarnya di sebuah pesawat ringan, Sabtu lalu.

“Cik Afifah, boleh saya tanya adakah awak mahu menjadi Mrs. Hariz tahun ini,” tulis keterangan gambar dikongsikannya itu.

Pasangan tersebut juga dilihat menggayakan baju sedondon biru yang turut menunjukkan wajah gembira mereka.

Menerusi perkongsian tersebut, diramalkan Afifah dan Syed bakal menamatkan zaman solo mereka pada tahun ini.

Berita baik itu turut disambut dengan baik oleh rakan-rakan artis lain antaranya Intan Najuwa, Zarina Zainuddin dan Shaza Bae.

Sekitar bulan lalu Afifah pernah mencetuskan kejutan apabila ada berkongsi gambar dengan kekasihnya dalam busana tradisional sehingga disangka bertunang.

Kedua-duanya yang memilih persalinan merah jambu dengan si jejaka tampan berbaju Melayu lengkap itu hakikatnya menghadiri majlis kenduri akikah anak saudara pelakon terbabit.

Walaupun menafikan gosip pertunangan, bintang filem Budak Kripto itu mengakui tidak akan menyembungikan gembira andai jodohnya tiba.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya