Tok Ram alami vertigo, tangguh sambutan hari lahir - Utusan Malaysia

Tok Ram alami vertigo, tangguh sambutan hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Komposer dan maestro terkemuka tanah air, Datuk Ramli MS dilaporkan terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Singapura selepas mengalami vertigo ketika bercuti di negara tersebut bersama isterinya semalam.

Menurut isterinya, penyanyi, Datin Alyah, ketika itu mereka sedang mencari teksi di Terminal Bas Larkin, Johor untuk membawa mereka masuk ke dalam Singapura selepas kenderaan miliknya tidak dibenarkan masuk atas sebab masalah dokumentasi.

“Kami letak kenderaan di bahagian belakang terminal bas dan mencari teksi untuk membawa kami masuk ke Singapura.

“Di situlah bermulanya cerita apabila Tok Ram kena serangan vertigo sewaktu nak mencari teksi. Masa angkat beg, Tok Ram kata kepala dia berpusing.

“Selepas kami berjaya melepasi Woodland Check Point, Tok Ram minta tolong hantar dia ke hospital dan terus dibawa masuk ke unit kecemasan. Saya tunggu Tok Ram dari pukul 3 pagi hinggalah jam 6 pagi untuk mendapatkan rawatan,”katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Penyanyi lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ itu kemudiannya meluahkan rasa syukur apabila kesihatan suaminya sudah beransur pulih selepas mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan di hospital.

Menurut Alyah, sejak kebelakangan ini Tok Ram dilihat kerap diserang vertigo yang sedikit sebanyak merisaukannya sebagai seorang isteri.

“Keesokan harinya kami pergi semula ke hospital untuk lakukan pemeriksaan kesihatan terhadap masalah serangan vertigo yang makin kerangan menyerang sejak kebelakangan ini.

“Selepas pemeriksaan kesihatan, dia sempat bertemu dengan adik-adiknya. Ketika itu dia rasa mungkin sudah okay. Dia pun gembira dapat jumpa keluarga sebab sudah lama tak balik Singapura,”katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 43 tahun itu menitipkan ucapan terima kasih buat insan yang bernama Kak Nomah dan Kak Sidah kerana menghulurkan pertolongan serta membantu memudahkan urusannya sepanjang berada di sana.

Alyah juga membuat permohonan maaf kepada semua peminat serta kenalannya kerana tidak sempat untuk membalas ucapan ulang tahun kelahiran yang diberikan kepadanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya