Syafiq Kyle & Mimi Lana, tak jadi berkahwin tak bermakna bermusuh - Pengurus - Utusan Malaysia

Syafiq Kyle & Mimi Lana, tak jadi berkahwin tak bermakna bermusuh – Pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tidak jadi berkahwin, tidak bermakna bermusuh,”

Demikian respons pengurus peribadi pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana iaitu Iman Tang, mengenai status hubungan terkini selebriti itu.

Menurut Iman, kedua-dua pelakon itu masih berkawan baik walaupun perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung 18 Ogos lalu dibatalkan.

“Saya boleh sahkan mereka tidak bergaduh kerana saya ada di situ, semasa majlis perkahwinan dibatalkan.

“Memang tiada masalah dan sehingga hari ini mereka masih berkawan. Malah hari ini pun mereka berdua baharu saja selesai menjalani sesi fotografi untuk mempromosikan pakaian raya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Ditanya adakah dia terbuka sekiranya kedua-dua artis mereka kembali menjalin cinta, Iman berharap agar Mimi dan Syafiq akan mengutamakan kerjaya terlebih dahulu.

“Ya sudah tentu saya gembira dan restu, lagipun ia untuk kebaikan dan mendirikan masjid adalah perkara yang baik dalam Islam.

“Saya selalu berjumpa dengan mereka, tapi tak pernah bertanya mengenai hala tuju hubungan mereka dengan lebih mendalam.

“Bagi saya, biar mereka fokus dengan kerja dulu. Mungkin dalam kesibukan bekerja itu ada bibit cinta dan perasaan untuk kembali bersama,” katanya.

Iman walau bagaimanapun berharap Mimi dan Syafiq Kyle akan memaklumkannya terlebih dahulu seandainya benar suatu hari nanti cinta mereka bertaut kembali.

Terdahulu, Mimi dan Syafiq Kyle mencuri tumpuan apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos di Janda Baik, Pahang, dibatalkan.

Syafiq Kyle ketika ditemui media juga enggan mengulas mengenai sebab pembatalan majlis berkenaan.

Namun pada 2 Disember tahun lalu, tular video Mimi dan Syafiq makan bersama di sebuah gerai sekali gus memberi bayangan bahawa hubungan mereka sudah kembali pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya