Shuk Sahar dedah nombor telefon disekat rakan gara-gara kontroversi - Utusan Malaysia

Shuk Sahar dedah nombor telefon disekat rakan gara-gara kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pelawak, Shuk Sahar, 38, mendedahkan beberapa individu telah memutuskan hubungan persahabatan sehingga tergamak menyekat nombor telefonnya selepas kontroversi isu curang menjadi tular sebelum ini.

Kata Shuk, atau nama sebenarnya Mohammmad Shukri Mohamed Sahar, walaupun dua tahun telah berlalu, dia tidak menafikan perkara itu kini menjadi sejarah hitam dalam hidupnya.

“Gara-gara kontroversi itu,kawan-kawan yang selama ini baik pun hilang. Ada yang sekat nombor, bila kita telefon tiba-tiba tak dapat dihubungi.

“Waktu itu saya pun banyak hilang kerja. Orang yang selalu membantu saya ialah Shuib, Nabil dan Ebby Yus.

“Nabil bila tahu nama saya digugurkan daripada menjadi duta satu jenama pakaian, dia terus telefon dan berikan saya sejumlah wang dalam talian. Sedangkan kami tidaklah terlalu rapat,” katanya.

Perkongsian itu didedahkan Shuk semasa temu bual bersama podcast OKLETSGO yang tular di media sosial.

Selain itu, Shuk berkata, dia turut menjadi mangsa pemulauan sosial apabila keretanya pernah diludah oleh seorang wanita di Pulau Pinang.

“Masa itu saya sedang makan char kuey teow di Pulau Pinang. Ada seorang mak cik baru sampai dan bercakap sesuatu kepada anaknya dengan reaksi wajah yang sangat membenci saya.

“Bila mak cik itu nampak saya mahu beredar, dia tahu di mana kereta saya dan ludah dekat tayar.

“Kalau saya nak bangun dan marah, tidak ‘kena’ pula sebab kes saya sedang meletup ketika itu. Lepas ludah, dia terus beredar,” katanya.

Shuk berkata demikian bagi mengulas bagaimana cancel culture atau pemulauan sosial di Malaysia berlaky berdasarkan pengalamannya.

Sebelum ini, Shuk berkali-kali terpalit dalam kontroversi curang apabila bekas isterinya, Rossa Sera mendedahkan Shuk  mempunyai hubungan dengan wanita lain sepanjang perkahwinan.

Bukan itu sahaja, warganet turut memaklumkan ada melihat Shuk keluar menonton wayang berdua-duaan dengan wanita lain.

Pada Mac tahun lalu, Shuk Sahar mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isteri, Rossa Sera, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN