Semoga tiada lagi sengketa sengaja dicipta - Ernie Zakri - Utusan Malaysia

Semoga tiada lagi sengketa sengaja dicipta – Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Ernie Zakri, menaruh keyakinan bahawa persembahannya bersama Aina Abdul sempena konsert A Night With Aina Abdul Live in Singapore kelmarin mampu meleraikan gosip murahan mengenai ‘perseteruan’ kedua-dua mereka.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ernie berkata, meskipun mustahil untuk menutup mulut semua pihak, dia secara peribadi bagaimanapun lega kerana telah membuktikan bahawa hubungannya dengan Aina baik-baik sahaja.

“Jujurnya saya rasa berbangga kerana berpeluang berada satu pentas dan berduet dengan Aina pada konsert tersebut. Kalau ia boleh menghentikan cakap-cakap buruk mengenai kami berdua, Alhamdulillah, saya lega dan gembira.

“Selain kerjaya, secara tidak langsung, apa yang kami lakukan ini juga menyuntik impak kepada kehidupan kami juga.

“Bagaimanapun, sekiranya ada kalangan peminat yang masih mahu berfikiran negatif, kita pun tak boleh halang. Terpulanglah kerana niat kami hanya mahu hiburkan peminat.

“Apa yang kami buat ini pun semuanya demi peminat,”katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Selain itu, penyanyi lagu Gundah dan Ku Bersuara ini juga percaya bahawa dia dan Aina sentiasa profesional dan mengakui selama ini tidak pernah ada masalah antara satu sama lain.

“Sebenarnya ada rasa kekok juga apabila peminat melaga-lagakan kami sedangkan saya dan Aina tidak pernah ada apa-apa masalah.

“Saya sebagai rakan artis sentiasa menyokong Aina dan saya percaya dia juga begitu. Kita tak perlu bergaduh apalagi sesama wanita kita seharusnya saling mengangkat, saling menyokong kejayaan satu sama lain.

“Setiap penyanyi mempunyai laluan perjalanan dan sasaran yang berbeza dalam industri seni. Apa pun saya harap semoga selepas ini tiada lagi sengketa yang sengaja dicipta oleh peminat-peminat,”katanya.

Untuk info, selepas kejayaan tiga konsert solo di Malaysia, Aina, berangkat ke Singapura bagi menjayakan konsert solo pertamanya di negara itu pada 6 Januari lalu.

Konsert tersebut telah diadakan di The Theatre at Mediacorp dan telah dihadiri sekitar 1,800 penonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya