Sampai sekarang pun orang masih cakap saya syok sendiri - Cheta Pot Pet - Utusan Malaysia

Sampai sekarang pun orang masih cakap saya syok sendiri – Cheta Pot Pet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sampai sekarang pun orang masih cakap saya syok sendiri – Cheta Pot Pet

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan usahawan selebriti, Che Ta Pot Pet, 37,mengakui sehingga kini masih ramai yang menyindirnya sebagai seorang artis syok sendiri meskipun telah mengeluarkan beberapa single sejak tahun 2020.

Menurut Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Baharom, perkara itu bagaimanapun tidak melunturkan semangatnya untuk terus bergelar anak seni meskipun ada pihak tidak menyukai.

“Orang kata sambil-sambil saya galas tanggungjawab sebagai usahawan, apa salahnya saya menyanyi juga pada masa yang sama. Biarlah, walau ada yang kata saya ini syok sendiri. Sampai sekarang pun masih ramai saja yang kata saya syok sendiri.

“Bagi saya, tiada masalah pun dan saya tak pernah rasa kecil hati bila disindir begitu. Kalau ada lagu, ada single, kita nyanyilah, buat persembahan.

“Saya ini pun memang asalnya seorang penyanyi. Lama saya menyanyi di kelab sebelum menceburi bidang perniagaan, orang saja tak tahu atau lupa,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu, kata Che Ta, dia juga telah merancang untuk menyusun strategi baharu dalam kerjaya seni dengan bakal menghasilkan sebuah lagi single terbaharu untuk peminat dan pengikut setianya.

Kata Che Ta lagi, single tersebut bakal mendapat sentuhan komposer dan penulis lirik Amy Ukays yang menurutnya sangat memahami kemahuan dirinya sebagai seorang penyanyi.

“Sempena tahun baru ini pun saya nak mula melakar semula perjalanan seni saya. Boleh dikatakan, single baharu itu nanti saya anggap sebagai sumber kebangkitan saya setelah agak lama tak hasilkan lagu.

“Saya juga merancang untuk buat showcase jelajah Malaysia pada tahun ini. Cuma perkara itu masih dalam rangka perbincangan.

“Pada masa yang sama, saya juga berguru dengan Ayu Damit untuk mengasah vokal. Tak cuma dia, saya juga tak kisah belajar dengan mana-mana rakan artis lain demi memperbaiki kelemahan dan meningkatkan lagi mutu nyanyian,”katanya.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan mengenai tohmahan bahawa dia sering menumpang populariti Ifa Raziah, kata Che Ta, perkara itu tidak berlaku kerana kedua-dua mereka sudah lama bersahabat baik.

“Tak ada istilah menempal pada dia kerana kami sama-sama terlibat dalam dunia seni dan perniagaan. Kami pun sama-sama terlibat dengan Starvendors.

“Tak perlu pun cakap begitu kerana rezeki Allah SWT yang tentukan. Kita ada rezeki, kita kongsi sama-sama. Peliklah kalau orang nak cakap bukan-bukan. Berniaga pun orang nak cerca,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya