Putri Ariani bangga jalin kolaborasi dengan Alan Walker - Utusan Malaysia

Putri Ariani bangga jalin kolaborasi dengan Alan Walker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi Indonesia, Putri Ariani,19, meluahkan rasa syukur selain mengakui tidak menyangka berpeluang menjalin kolaborasi dengan penerbit dan penyanyi Norway, Alan Walker serta Peder Elias.

Menurut Putri, dia juga berbangga, kolaborasi menerusi lagu berjudul Who I Am itu telah mendapat sambutan luar biasa daripada peminat muzik dari seluruh dunia.

Putri atau nama sebenarnya Ariani Nisma Putri berkata, lagu yang dilancarkan pada 4 Januari lalu juga mencapai jumlah streaming yang tinggi di platform Spotify.

“Syukur Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan tidak pernah terbayangkan lagu ini akan menjadi tular di seluruh negara.

“Saat pertama kali saya mendengar lagu ini,rasa seakan ia benar-benar mewakili saya. Saya sangat bersyukur kerana Alan Walker memilih saya untuk menyanyikan lagu ini bersama Peder Elias,”katanya.

Menerusi hantaran di Instagram, Ariani juga menerima banyak pujian daripada pengikutnya yang bangga dengan pencapaiannya yang semakin meningkat.

Terdahulu, Ariani pernah mencetuskan fenomena apabila mendapat ‘golden buzzer’ dalam program realiti America’s Got Talent 2023.

Dalam pertandingan itu juga, Ariani berjaya mendapat ‘standing ovation’ daripada juri selepas persembahan yang dibuat dan menduduki tempat keempat di peringkat akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya