Politik radio lebih kejam - Azrul Raja Lawak - Utusan Malaysia

Politik radio lebih kejam – Azrul Raja Lawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak dan bekas penyampai radio, Azrul Zaidi atau Azrul Raja Lawak, 49, mengakui pernah melalui pengalaman yang serupa sebagaimana yang dialami oleh Tyzo yang ditamatkan kontrak secara tiba-tiba oleh pengurusan stesen radio Sinar FM.

Tanpa menyebut nama stesen radio terbabit, Azrul berkata, dia pernah tidak dibayar gaji ketika diminta untuk menggantikan seorang penyampai radio yang telah meninggal dunia.

“Tempat kerja mana yang tak ada politik, tapi bagi saya, politik radio ini kejam. Memang mencabar dan apa yang Tyzo kena sama macam yang pernah saya kena. Datang nak on air, tiba-tiba masuk pejabat mereka cakap itu adalah hari terakhir saya bertugas.

“Ada juga pengalaman dengan satu stesen radio ini, saya kena ganti seorang penyampai radio yang meninggal dunia. Disebabkan saya ada latar belakang dunia radio, mereka minta saya ganti.

“Kita kerja mesti kena ada gaji bukan? Saya dah dua minggu bertugas, saya tanyalah pada pengurus radio itu nak hantar invois macam mana? Dia kata tak ada bayaran dan selama tempoh bertugas itu kononnya sekadar nak uji saya.

“Saya dah ada pengalaman, mengapa pula jadi begitu? Macam uji bakat pula,”katanya dalam satu video yang dikongsikan di TikTok semalam.

Selain itu, kata Azrul, dia juga hairan apabila tiba-tiba diberhentikan daripada tugas penyampai radio dengan alasan pihak stesen tiada bajet.

“Bila kita dah usahakan rating naik sampai puluh ribu, dah sedap dan seronok dengan momentum selain jumlah pengikut dan pendengar semakin bertambah, tiba-tiba, pengurusan panggil dan kata ini minggu terakhir saya bersiaran.

“Saya hairan dan tanya sama ada saya ada buat silap? Tetapi mereka kata tak ada bajet. Selama ini ada pula bajet. Jadi apa yang terjadi pada Tyzo itu dan rakan-rakan lain, itu semua adalah percaturan radio. Tak tahulah apa sebab,”katanya.

Dalam pada itu, Azrul tidak menolak bahawa setiap orang yang mahu menjadikan bidang seni sebagai kerjaya perlu berhati kental dalam segala aspek.

“Kena sentiasa berdepan dengan segalanya. Reda memang reda, tapi kadang itu, cara yang tak kena. Kepada sahabat dan rakan yang pernah alami perkara seperti ini, kita husnuzon sajalah.

“Rezeki ada di mana-mana. Pengalaman tetap pengalaman dan kita kena kongsikan supaya orang tahu bukan semua kerja dunia glamor ini penuh dengan keseronokkan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya