Persis ‘rumah hantu’, IB serah pada JKR - Utusan Malaysia

Persis ‘rumah hantu’, IB serah pada JKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Diumpamakan persis rumah hantu oleh warganet, pihak Istana Budaya ( IB) mengambil maklum bahawa segala komen yang membina telah diusulkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, wakil IB berkata pihak pengurusannya telah memaklumkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melakukan tindakan gerak kerja dengan segera.

“Pihak IB menyambut baik dengan lontaran komen tersebut daripada masyarakat dan warganet. Namun tindakan telah diambil oleh pengurusan IB dengan membuat permohonan bajet khusus untuk penyelengaraan bumbung.

“Pihak JKR telah pun melantik kontraktor dan telah memasuki IB sejak Mac dan secara fizikalnya akan bermula mulai Januari 2024.

“Segala kerja-kerja pembaikan tersebut adalah di bawah tanggungjawab JKR,”katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Terdahulu, baru-baru ini kalangan warganet mempertikai keadaan fizikal bangunan ikonik itu yang disifatkan terlalu usang sehingga mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut.

Malah, disebabkan keadaan itu, ada yang menyamakan bangunan IB sama seperti rumah hantu kerana kelihatan buruk dan tidak gah sebagaimana keadaannya sebelum ini.

Dalam pada itu, sebelum ini, pengurusan IB mengumumkan bangunan tersebut bakal ditutup selama 36 bulan bagi pelaksanaan kerja penyelenggaraan bumbung dan infrastruktur lain.

Mengikut perancangan, cadangan menaik taraf bangunan tersebut akan telah dimulakan pada 6 Mac 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada 5 Januari 2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya