Pembedahan hernia, Wany Kayrie mahu berehat beberapa hari - Utusan Malaysia

Pembedahan hernia, Wany Kayrie mahu berehat beberapa hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Wani Kayrie, bersyukur selepas selamat menjalani pembedahan hernia iaitu proses membuang benjolan atau ketulan di bahagian perut.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Wani berkata, dia perlu berehat buat sementara waktu susulan pembedahan tersebut dan memohon maaf kepada beberapa pihak kerana tidak dapat membalas mesej serta menjawab panggilan telefon.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar untuk pembedahan Hernia saya semalam (Ahad) selamat 2 jam dalam bilik bedah. Saya masih berjuang untuk kesan selepas pembedahan tersebut.

“Minta maaf tak dapat balas mesej dan panggilan telefon ya, terima kasih pada yang bertanya dan mendoakan saya.

“Insya-Allah saya akan kembali pulih lagi beberapa hari, saya mahu rehat dulu,”katanya.

Dalam perkongsian sama, Wani turut memuat naik foto dirinya berbaring di atas katil sebuah hospital.

Sebelum itu, penyanyi lagu Jangan Jangan itu meminta orang ramai mendoakan proses pembedahannya berjalan dengan lancar.

“Maaf lama mendiamkan diri beberapa hari. Cuma nak beritahu saya akan menjalani pembedahan.

“Doakan agar urusan saya dipermudahkan ya. Jangan risau, saya baik-baik sahaja,”katanya.

Untuk info, tujuan pembedahan hernia adalah untuk mencegah berlakunya komplikasi seperti tersekat atau tersumbat di bahagian perut.

Pembedahan bertujuan mengembalikan kandungan perut ke rongga perut dan memperkukuh bahagian dinding perut yang lemah. Ini biasanya dilakukan dengan memasukkan jaring di bahagian yang lemah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya