Mila Jirin ‘last minute’ cari baju kahwin Amylea Azizan - Utusan Malaysia

Mila Jirin ‘last minute’ cari baju kahwin Amylea Azizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin, mengakui berdepan dengan situasi mencemaskan apabila cuma mempunyai tempoh masa 24 jam sahaja untuk mencari baju pengantin buat rakan baiknya, Amylea Azizan.

Menurut Mila atau nama sebenarnya, Noorsyarmilla Jirin, ini kerana penyanyi dan komposer tersebut telah meminta bantuannya pada saat akhir memandangkan busana yang sepatutnya disarungkan pada majlis resepsi dimaklumkan telah mengalami masalah.

“Amylea memang buat majlis di dewan perkahwinan Bizmilla. Namun untuk baju, kami tidak uruskan. Pukul 11:30 malam dia hubungi saya maklumkan bajunya bermasalah.

“Saya terus beritahu pasukan untuk berikan bantuan. Bayangkan, kami mempunyai masa kurang daripada 24 jam sebelum majlis berlangsung.

“Walaupun sudah lewat malam, anak saya pun sudah tidur, namun kita cuba bantu Amylea selesaikan masalah baju kahwin di saat akhir,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Kata Mila, sebaik sahaja tiba di pejabat The Bridal Factory yang menempatkan koleksi pakaian pengantin di bawah syarikat miliknya, penyanyi Kendati itu menerangkan ciri-ciri busana pengantin yang bersesuaian dengan konsep majlis.

“Sampai sahaja, Amylea terus beritahu kami jenis pakaian idamannya dan Alhamdulillah pada jam 12:45 malam, kita berjaya selesaikan masalah tersebut.

“Mujurlah saiz tubuh Amylea adalah ‘standard’. Kalau terjadi kepada saya, mungkin sudah menangis di bucu katil,” katanya berseloroh.

Walaupun berdepan detik cemas, majlis perkahwinan penyanyi dan komposer itu berjalan lancar di Bizmilla Wedding Hall, One City, Subang Jaya pada Sabtu.

Turut sama memeriahkan majlis tersebut ialah rakan artis popular seperti Shila Amzah, Nabila Razali, Jaclyn Victor, Fasha Sandha, Uqasha Senrose, Diana Danielle dan Ummi Nazeera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN