Menang ABP tujuh kali sekali pun bergantung pada ‘kontrak sambung atau tidak - Linda Onn - Utusan Malaysia

Menang ABP tujuh kali sekali pun bergantung pada ‘kontrak sambung atau tidak – Linda Onn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Prihatin dengan nasib Tyzo, bekas penyampai radio, Linda Onn, tidak menolak bahawa kejayaan menaikkan rating sesebuah program di radio bukan satu jaminan jika diri sudah menjadi sasaran kontrak tidak disambungkan oleh pengurusan.

Berkongsi pengalaman, kata Linda, dia memahami apa yang dialami Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain,57, meskipun mengakui bekerja di stesen radio Suria suatu ketika dahulu baginya menyeronokkan.

“Sabar Tuah. Satu pintu tertutup, 10 lagi bakal terbuka.Sebenarnya seronok kerja di Suria ini dulu. Seronok sebab strategi pasukan kami berjaya naikkan rating Suria FM.

“Ingat lagi betapa saya terkejut bila baru nak tandatangan kontrak, dapat tahu pendengar 700 ribu saja. Maklumlah kita dah biasa pendengar berjuta juta. Masa itu suruh pendengar hubungi pun telefon tak berkelip.

“Tapi berkat usaha gigih pasukan, ada Halim Othman,Kudsia Kahar, Adi,Adibah Noor, Alhamdulillah lepas itu dapat lebih 3 juta pendengar. Terus pendengar kenal Suria fm,”katanya.

Linda berkata demikian dalam satu perkongsiannya di media sosial semalam bagi mengulas mengenai nasib yang menimpa Tyzo selepas ditamatkan kontrak di Suria FM, kelmarin.

Selain itu, tambah Linda, dia juga masih ingat bagaimana sambutan pendengar begitu menggalakkan selepas pasukannya berjaya menarik perhatian menerusi pelbagai topik dalam program yang disediakan.

“Baru sebut topik, talian telefon menyala tanpa henti! Penangan kami dulu.Tapi, iyalah, kejayaan kadangkala tak sentiasa dibalas dengan keindahan. Bila dah berjaya, kontrak kita tak sambung pula.

“Padahal tengah rancak masa itu. ‘Show’ kita paling rating tinggi masa itu. Ingat lagi pada hari terakhir diberitahu kontrak tak disambung. Hari itu patutnya temu bual Dayang Nurfaizah untuk siaran Sabtu. Dayang dah sampai. Baru nak masuk studio, bos panggil kata kontrak tak sambung.

“Kepala terus fikir, alamak, ini kejap lagi nak temu bual Dayang untuk show sabtu. Sedangkan hari terakhir kontrak sebelum Sabtu.
Macamana itu? Kalau temu bual, suara saya akan ke udara hari Sabtu sedangkan hari terakhir ke udara Jumaat. Pening tak baca?

“Jadi, bila dapat tahu kontrak tak sambung, tergendala semuanya. Dayang entah ke mana, fikiranku entah ke mana.Tak ingat apa yang jadi dengan sesi dengan Dayang pada hari tu,”katanya.

Jelas Linda lagi, ini adalah antara situasi dan realiti dunia penyampaian radio walaupun di mata umum ia kelihatan dan kedengaran seronok dan penuh glamor.

“Terpeleot sikit, nasib kita di hujung dakwat pen itu. Tengah sedap dapat rezeki, tengah sedap layan pendengar, tengah gembira dengan pekerjaan, tup tup esok, kontrak tamat, selamat tinggal!

“Sabar sajalah. Yang tahu dunia radio saja tahu. Banyak yang Indah tapi segalanya bergantung kepada ‘Kontrak sambung ke tak’ tak kira awak menang Anugerah Bintang Popular 7 Kali sekalipun. Tak membantu ya!”katanya.

Terdahulu, Tyzo, mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan tidak lagi bersama stesen radio terbabit berkuat kuasa, kelmarin.

Penamatan Tyzo itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, lebih-lebih lagi peminat stesen radio berkenaan.

Tidak kurang juga yang berspekulasi, mengaitkan penamatan tersebut dengan pihak tertentu yang kurang senang dengan kemenangan Tyzo sebagai Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya