PETALING JAYA: Pakar psikologi meminta masyarakat supaya tidak melakukan provokasi terhadap Fathia Latiff.
Ia bagi mengelakkan pelakon drama Ariana Rose itu daripada mengalami supaya kemurungan atau gangguan stres pasca trauma (PTSD) kesan daripada peristiwa pahit yang dilaluinya dahulu.
Ppensyarah Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia, Siti Azura Bahadin, apa yang dilakukan Fathia beberapa hari ini sebenarnya menunjukkan tingkah laku individu yang tidak normal dalam masyarakat.
“Ada simptom kecelaruan emosi dialami Fathia. Dalam psikologi, kecelaruan emosi pula mempunyai banyak kategori.
“Fathia seperti mempunyai tanda kemurungan dan PTSD yang biasanya terjadi kerana seseorang mengalami kejadian masa lalu yang memberi impak sehingga membuatkannya marah, berdendam dan sukar melepaskan,” katanya.
IOleh itu Siti Azura menasihati masyarakat agar tidak mencetuskan sebarang provokasi dan meminta kenalan terdekat untuk membawa pelakon itu mendapatkan rawatan.
“Orang yang mengalami masalah kecelaruan emosi tidak boleh diprovokasi. Ia akan mencetuskan huru hara dan perkara ini tidak akan selesai. Mereka akan melenting dan semakin mengganas.
“Mereka yang alami gangguan emosi kadang tidak sedar bahawa mereka tidak normal. Saya fikir sebelum ini mungkin dia pernah mendapatkan rawatan namun mengalami kecelaruan bahan. M
“Oleh itu, saya menasihati kenalan pelakon itu agar membawa Fathia berjumpa pakar bagi mendapatkan rawatan dan sesi kaunseling.
“Jika Fathia keseorang dan kesepian, dia akan menjadi lebih agresif. Kita kena bantu menyelamatkannya,” tambahnya.
Sebelum ini, pelakon Fathia Latiff terus mencuri tumpuan apabila tidak semena-mena menyamakan wajah pelakon Zahirah Macwilson seperti bibik dan mendakwanya membuat rawatan wajah.
Pelakon itu juga turut memuat naik gambar bersama bekas kekasih, Aiman Hakim Ridza dengan kapsyen ‘saya tahu awak masih mencintai saya’ serta keratan akhbar lapan tahun lalu. – UTUSAN