Maaf, tiada penambahan tarikh dan tiket - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Maaf, tiada penambahan tarikh dan tiket – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tidak ada pengumuman baharu hari ini. Saya minta maaf tidak dapat tambah hari dan jualan.”

Demikian pengumuman penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung permintaan peminat untuk menambah tiket dan tarikh bagi konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza 9 Mac depan.

Jelas penyanyi Cindai ini,dia terpaksa membuat keputusan tersebut setelah mengambil kira pelbagai faktor biarpun mendapat ‘desakan’ peminat yang kecewa.

“Saya sudah cuba yang terbaik untuk memenuhi permintaan. Tetapi saya buat 10 Mac, sudah hampir Ramadan. Kalau 8 Mac, hari terakhir raptai.

“Saya dan team sudah fikir masak-masak berhubung keputusan tersebut. Kami juga sudah cuba untuk pertimbangkan, tetapi mintaa maaf tak mungkin tambah hari,” katanya.

Siti Nurhaliza berkata demikian semasa sidang media Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di sini hari ini.

Terdahulu, jualan konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam selepas mula dijual pada 21 Disember lalu.

Dalam pada itu, tidak mahu mengecewakan peninat, Siti Nurhaliza berkata, dia akan cuba untuk menganjurkan sebuah konsert selama dua hari.

“Sekali lagi saya mohon maaf ramai, tidak berkesempatan sebab tiket sudah habis dijual.

“InsyaAllah konsert seterusnya saya fikir untuk buat selama dua hari”ujarnya.

Sementara itu, penyanyi Magis itu turut mengumumkan pemilihan penyanyi Indonesia, Judika akan menjadi artis undangan pada konsertnya yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tambah Siti lagi, sebahagian jualan tiket konsertnya itu akan disalurkan kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu umat Islam di Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya