Demi kumpul dana Palestin, Siti Nurhaliza nekad teruskan konsert - Utusan Malaysia

Demi kumpul dana Palestin, Siti Nurhaliza nekad teruskan konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi terkemuka tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza nekad meneruskan penganjuran konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung tiga hari sebelum menyambut bulan Ramadan.

Menerusi kenyataan rasmi syarikat yang turut dinaungi Siti iaitu Yayasan Nurjiwa, pihaknya menjelaskan tujuan utama konsert diadakan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

“Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin.

“Komitmen kami kepada mangsa-mangsa perang di Palestin perlu diteruskan sejak kami memulakannya pada Oktober lalu.

“Terlewat sehari dua saja boleh mengundang malapetaka lain buat mereka. Oleh itu, Yayasan Nurjiwa berpendapat, ada baiknya konsert diteruskan demi untuk mencari dana,” kata pengasas bersama Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa lagi.

Pada masa sama, Yayasan Nurjiwa juga memaklumkan, pengurusan Perbadanan Stadium Nasional bahawa tarikh 9 Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang tahun 2024.

“Buat pengetahuan semua, kami sudah membuat tempahan stadium sejak awal 2023 lagi namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat kami laksanakan.

“Tarikh baharu yang diberikan pihak stadium adalah 9 Mac namun memahami matlamat utama konsert ini membuatkan Yayasan Nurjiwa mencapai keputusan untuk meneruskannya.

“Sekali lagi kami jelaskan, konsert ini bukan dianjurkan atas keuntungan sebaliknya, untuk rakyat Palestin.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor agar Siti Nurhaliza menunda konsert solo yang dijadualkan pada 9 Mac 2024.

Gesaan supaya penundaan itu dibuat adalah sebagai menghormati ketibaan bulan penuh kemuliaan Ramadan al-Mubarak yang dijangka disambut pada 12 Mac 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya