Datuk Siti sudikah terima jika saya buatkan lagu? - Mahalini - Utusan Malaysia

Datuk Siti sudikah terima jika saya buatkan lagu? – Mahalini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan penulis lirik muda Indonesia, Mahalini, 23, mengakui berbesar hati untuk menghasilkan lagu istimewa buat Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut Mahalini, atau nama sebenarnya Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, Siti merupakan idolanya dalam bidang nyanyian dan tentunya berasa bangga sekiranya hasratnya itu menjadi kenyataan.

“Datuk Siti sangat fenomena di Indonesia. Bahkan sebelum saya menjadi seorang Mahalini seperti hari ini, namanya sudah kedengaran di mana-mana.

“Sebelum ini pun saya pernah menyanyikan lagunya di televisyen. Kalau ingin tuliskan lagu untuknya, alamak pressure,” katanya berseloroh.

Mahalini berkata demikian ditemui Utusan Malaysia di sidang media Lovecheastra Mahalini Live In Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Selain itu, tunang kepada penyanyi Rizky Febian itu bagaimanapun sempat berasa ragu sama ada penyanyi nombor satu Malaysia itu mahu menerima karya yang dihasilkannya.

“Saya semestinya mahu dan terbuka menghasilkan lagu untuknya. Tapi Datuk Siti mahu dan sudikah menerima lagu saya?” katanya.

Sementara itu, Mahalini bakal tampil untuk konsert keduanya di Malaysia pada 3 Februari nanti dengan iringan 20 pemain orkestra anak tempatan.

“Aura bernyanyi di Indonesia dan Malaysia sangat berbeza. Saya ingatkan kalau buat persembahan di Malaysia orang-orangnya akan senyap.

“Tapi ternyata ramai yang sudah bersorak bahkan sebelum saya muncul di pentas. Malaysia adalah destinasi konsert yang luar biasa,” tambahnya.

Mahalini bakal mempersembahkan 17 lagu untuk konsert Lovechestra Mahalini Live In Kuala Lumpur yang bertempat di Megastar Arena nanti.

Konsert yang bakal berlangsung selama 2 jam itu bakal diketuai oleh Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan Dennis Nusi sebagai pengarah muzik.

Tiket konsert tersebut dijual bermula dari harga RM278 sehingga RM799.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya