Banyak berdiam diri, Lady Gaga didakwa bersikap aneh - Utusan Malaysia

Banyak berdiam diri, Lady Gaga didakwa bersikap aneh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES : Penyanyi antarabangsa yang terkenal dengan fesyen pelik dan luar biasa, Lady Gaga, didakwa kini seakan mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu.

Perkara itu dimaklumkan rakan-rakan industri seni selepas Gaga dikatakan berkelakuan tidak seperti biasa dan bersikap introvert atau lebih suka menyendiri kini.

Menurut sumber terdekat penyanyi tersebut, Gaga pernah meluahkan perasaan kepadanya bahawa dia sedang mengalami situasi kebimbangan atau insekuriti terutama berhubung perjalanan kerjaya seninya pada waktu ini.

“Beberapa bulan lalu, Gaga ada membuat pengakuan bahawa dia rasa ‘kehilangan’ dalam kerjayanya. Sebelum ini, semua orang tahu bahawa dia sangat berjaya dalam apa juga yang dilakukan.

“Tetapi, kini, dia berasa seakan ada sesuatu yang hilang dalam landskap industri muzik kebelakangan ini,”kata sumber.

Kali terakhir Gaga melahirkan album solo adalah pada tahun 2020 namun tiada sebarang konsert jelajah dilakukannya sejak 2022.

Tidak seperti rakan baiknya, Beyonce mahupun penyanyi terkenal Taylor Swift, kedua-duanya mencipta kejayaan menerusi penganjuran konsert jelajah pada tahun lalu.

“Gaga sangat akrab dengan Beyonce sebelum ini dan kemungkinan dia berasa tertekan kerana tidak ada sebarang konsert sebagai pengukur kejayaannya kebelakangan inim berbanding dua penyanyi ikonik itu.

“Pada masa yang sama, Gaga juga sedang berdepan dengan pelbagai situasi dan ‘perang’ dalaman diri yang menyukarkannya untuk bergerak aktif dalam muzik semula,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya