Tinggalkan status duda, Hafidz Rosdi kini suami Athira Yuhada - Utusan Malaysia

Tinggalkan status duda, Hafidz Rosdi kini suami Athira Yuhada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelakon, Hafidz Roshdi sah bergelar suami kepada pilihan hatinya Athira Yuhada dalam satu majlis yang diadakan di Shah Alam pada Jumaat malam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi yang mengenakan baju melayu berona putih kelihatan begitu tenang ketika majlis berlangsung.

Hafidz telah dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada iaitu Abu Bakar di Glass House Event Space, Glenmarie, Shah Alam.

Difahamkan, dengan hanya sekali lafaz, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 itu telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pihak Athira.

Terdahulu, berita mengenai perkahwinan Hafidz dan Athira menjadi bualan hangat netizen selepas kad undangan perkahwinan yang tertera nama kedua-dua mereka tular.

Menerusi butiran tersebut, majlis resepsi pasangan terbabit dipercayai bakal berlangsung pada sebelah malam di sebuah dewan acara di Shah Alam.

Sebelum ini, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri, Nurul Shuhada.

Bagaimanapun, Hafidz dilihat tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai dakwaan bakal berkahwin dengan Athira dan memilih untuk mengunci mulut.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya