Syafie Naswip kini suami Afiqah Ishak - Utusan Malaysia

Syafie Naswip kini suami Afiqah Ishak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mengejutkan ramai, pelakon, Syafie Naswip mengumumkan di media sosial bahawa dia telah selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya pada pagi tadi.

Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 31, memilih Afiqah Ishak sebagai isterinya dan kedua-duanya telah disatukan sebagai pasangan suami isteri di Putrajaya dengan sekali lafaz.

Akad nikah pasangan itu disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ishak Hamzah dan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.

Pada majlis berkenaan, Syafie menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada pengantin perempuan serta wang hantaran bernilai RM15,000.

Pernikahan pasangan itu turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram milik aktor berkenaan.

Syafie juga dilihat tidak dapat menahan air mata tatkala membaca taklik terhadap Afiqah selepas sah bergelar suami.

Berita pernikahan Syafie mengejutkan banyak pihak kerana tidak ramai yang tahu akan hubungan mereka sebelum ini.

Syafie sebelum itu menerusi satu hantaran yang dibuat pada Instagram miliknya memberitahu bakal berkongsi berita di laman Instagram miliknya tentang hal berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya