Saya menangis kerana terharu, bukan kerana ada buat silap - Aisha Retno - Utusan Malaysia

Saya menangis kerana terharu, bukan kerana ada buat silap – Aisha Retno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Dilihat meitiskan air mata selepas selesai membawakan lagu Sutera di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir ke-38 (SFMM38), penyanyi, Aisha Retno bagaimanapun mengakui ia bukan kerana dirinya ada melakukan kesilapan dalam persembahan.

Menurut Aisha, selepas selesai menyanyikan lagu tersebut, dia tiba-tiba dihinggapi dengan perasaan terharu kerana sememangnya telah menyimpan impian besar untuk melangkah ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Sebenarnya saya menangis sebab terharu. Ini adalah apa yang saya impikan sejak saya mula lancarkan lagu ini.

“Saya bersama komposer MFMF sudah membayangkan lagu ini untuk ke pentas seterusnya kerana saya yakin ada potensi.

“Pada masa sama, saya gembira kerana ini bukan usaha saya semata-mata tetapi kesemua pasukan Sutera,” katanya selepas selesai SFMM38 di NTV7, Glenmarie hari ini.

Selain itu, kata Aisha, dia juga tidak menjangkakan lagu Sutera dinobatkan sebagai Lagu Terbaik, sementelah mengakui berasa kerdil apabila melihat kredibiliti peserta lain yang bertanding.

“Sejujurnya, ramai peserta lain yang hebat-hebat pada hari ini, jadi terasa kerdil sangat diri.

“Tetapi saya sudah tanamkan dalam fikiran untuk lakukan persembahan terbaik memandangkan single ini adalah paling saya sayang.

“Lagu ini pada saya unik kerana menggabungkan genre etnik dan EDM selain mengangkat tema memperkasakan wanita,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, peserta Big Stage musim keempat itu puas dengan pencapaian yang dimiliki selain akur sekiranya tidak dapat meloloskan diri ke pentas akhir Muzik-Muzik.

Pada episod kedua SFMM38, Aisha yang membawakan lagu Sutera berjaya memenangi Lagu Terbaik di studio NTV7 Glenmarie di sini, hari ini.

Esok, SFMM38 bakal menyaksikan lapan buah lagu lagi akan bertanding di pentas yang sama.

Barisan juri bagi SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail ialah komposer, LY; pemuzik, Datuk Wah Idris; penyanyi rap, Cat Farish; komposer, Helen Yap dan penulis lirik terkenal, Azmeer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya