Pak Nil masih ingat tangisan terakhir Allahyarham Ibnor Riza - Utusan Malaysia

Pak Nil masih ingat tangisan terakhir Allahyarham Ibnor Riza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bermula hanya sebagai peminat, hubungan pengacara Aznil Nawawi, 62, dengan Allahyarham Ibnor Riza bertukar akrab selepas dipertemukan dalam satu majlis makan malam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Aznil berkata, dia masih ingat, ketika itu, arwah bercerita mengenai rambutnya yang sudah tumbuh semula akibat gugur setelah menjalani rawatan kemoterapi.

“Balik dari bertemu arwah, saya bertekad untuk buat kutipan derma untuk tampung perbelanjaan rawatan yang lebih baik.

“Arwah tidak tahu dan tidak minta pun wang. Cuma saya buat diam-diam. Saya tahu dia memerlukan kos rawatan RM 200,000.

“Namun, saya sedikit ralat kerana waktu itu kutipan agak perlahan. Dalam masa dua minggu, kita hanya berjaya kumpul RM20,000 sahaja.

“Mungkin waktu itu orang sudah beralih membantu Palestin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Menurut Pak Nil yang juga Profesor Adjung di Universiti Malaya itu lagi, Allahyarham sempat tersenyum dan menerima wang kutipan dana itu sambil menangis.

“Saya serahkan juga bantuan itu kepada arwah dan isterinya. Waktu itu dia sudah masuk ke dalam hospital.

“Dia senyum dan air matanya matanya tumpah ketika menerima wang itu. Saya kata kepadanya ‘ini hari abang, nanti hari saya pula, tak tahu bagaimana’.

“Selepas pembedahan dilakukan, doktor tak benarkan saya melawat, hanya ahli keluarga sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, kata Aznil, dia reda dengan pemergian Allahyarham dan mendoakan agar segala urusan arwah dipermudahkan-Nya.

“Saya memang berniat bertemunya namun apakan daya Allah lebih mengasihinya.

“Mungkin arwah sudah redha. Dia sangat sukar di hujung hayatnya. Dia jual kereta dan harta yang ada untuk rawatan.

“Saya berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tambahnya.

Untuk rekod, Ibnor Riza meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), pukul 3:30 petang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya