KUALA LUMPUR : Bekas isteri pelakon Hafidz Rosdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, mendoakan bekas suaminya itu selamat melayari alam rumah tangga bersama isteri baharunya, Athira Yuhada yang dinikahi malam semalam.
Menurut Shuhada, menerusi pernikahan tersebut, ia juga menunjukkan bahawa dia tidak pernah berbohong dengan semua pihak mengenai apa yang berlaku dalam rumah tangganya selama ini.
“Sekurang-kurangnya Allah sudah tunjukkan saya tidak berbohong tentang perkara ini.
“Itu hajat dia walau kami masih bergelar suami dan isteri. Ini jalan yang dia pilih, baguslah.
“Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah Maha Baik, saya juga gembira,” katanya.
Terdahulu, teka-teki mengenai majlis pernikahan pelakon, Hafidz dengan Athira akhirnya terjawab apabila dia mengumumkan berita gembira itu dalam Instagram pagi tadi.
Athira adalah wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga pelakon terbabit dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada.
Dalam dalam satu kenyataan kepada media mendedahkan bahawa Athira merupakan cinta pertamanya dan sudah berkenalan sejak berusia 15 tahun.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016, namun mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang panjang.
Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.