Liza Hanim tak jadi berhenti menyanyi - Utusan Malaysia

Liza Hanim tak jadi berhenti menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL : Penyanyi dan peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Liza Hanim, 43, mengakui, sebelum ini pernah mempertimbangkan hasrat untuk berhenti daripada dunia nyanyian meskipun telah 27 tahun membina kerjaya seni.

Menurut Liza, dia bagaimanapun memadam semula niat tersebut, penyanyi ini terharu kerana mengetahui masih ada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan ingin melihatnya terus menyanyi.

“Sebenarnya, ada momen dalam kerjaya seni sebelum ini yang membuatkan saya rasa seperti sudah tiba masanya untuk berhenti menjadi penyanyi. Tetapi, ada sekumpulan yang masih percaya dengan bakat seni saya dan mahukan untuk saya terus menyanyi.

“Pasukan saya termasuk rakan-rakan media yang masih percaya dengan saya itu yang membuatkan saya teruskan kerjaya penyanyi ini,”katanya.

Liza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) , yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil,semalam.

Dalam pada itu, pelantun lagu Gelisah Mimpi itu berkata, perasaan sama berulang kembali ketika dia mengalami waktu yang agar sukar dalam program tersebut.

“Sepanjang saya berada di pentas ASGV, saya sedar kalau peminat yang meminati artis kesayangan, mereka pasti akan sokong bermatian-matian. Dan kalau tidak suka mereka akan cakap mereka tak suka, apa yang boleh diperbaiki dan sebagainya.

“Meskipun begitu, saya terima dengan hati terbuka dan menganggap komen kurang senang itu tanda mereka sayang pada saya.

“Jujurnya, beberapa minggu lalu ketika saya mengalami waktu yang agak mencabar dalam program ini, perasaan itu (berhenti menyanyi) datang semula, tetapi saya perlu padam perasaan itu dan buat yang terbaik di final ASGV,”katanya.

Justeru, Liza berkata dia ingin berkongsi rasa susah senang dan jatuh bangun dirinya sebagai penyanyi dalam konsert sulung berjudul Liza Hanim 27 Years Journey In Concert yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

“Sebab itu juga, saya ingin sangat kongsi jatuh bangun saya dalam konsert sulung saya pada tahun hadapan. Itu lah kemuncaknya yang mungkin penyanyi lain 10 tahun sudah buat konsert, sedangkan saya tiada peluang itu.

“Kadang-kadang yang buatkan peluang ada atau tak disebabkan saya fikir adakah aku layak untuk buat konsert? Sokongan bercampur baur, ada yang sokong ada yang tidak,”katanya.

Terdahulu, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara ASGV sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM200,000.

Jaclyn berjaya menewaskan tujuh finalis lain iaitu Hardy Mirza, Nikki Palikat, Liza Hanim, Naqiu, Azharina, Tomok dan Siti Nordiana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya