Kongsi gambar zaman sekolah, Hafidz Roshdi buktikan cinta pada Athira - Utusan Malaysia

Kongsi gambar zaman sekolah, Hafidz Roshdi buktikan cinta pada Athira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Memberi bayangan bahawa dirinya kini benar-benar sedang bahagia, pelakon, Hafidz Roshdi, 29, membuat perkongsian bagaimana dia mengenali isteri baharunya kini, Athira Yuhada.

Menerusi satu video ringkas yang diselitkan dengan momen-momen bersama dirinya dan Athira, Hafidz juga merakam suaranya sambil berkongsi perasaan mengenali isterinya itu sejak 14 tahun lalu.

“Kami mula berkenalan tahun 2009 masa tingkatan 3. Sekejap sahaja masa berlalu.
Sekarang sudah 2023, 14 tahun kami kenal, katanya.

Pada hantaran berkenaan Hafidz turut mendedahkan hubungan rapat mereka terjalin sehinggalah masing-masing berumur 21 tahun.

Pada penghujung video berkenaan, Hafidz juga memuat naik gambar terkini mereka berdua melambangkan cinta kembali bertaut pada tahun 2023.

Hafidz sah bergelar suami kepada Athira dalam sebuah majlis yang berlangsung pada Glass House Event Spave, Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu.

Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Hafidz selepas sah bercerai dengan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri pada Julai lalu.

Dalam temu bual dengan pihak media sebelum ini, Hafidz mendedahkan dia dan Athira adalahcinta pertamanya dan hubungan mereka pernah terputus sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya