Kalau bukan sebab GV, saya pun tak tahu Naqiu nyanyi lagu apa - Noraniza Idris - Utusan Malaysia

Kalau bukan sebab GV, saya pun tak tahu Naqiu nyanyi lagu apa – Noraniza Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan Ratu Pop Etnik negara, Noraniza Idris, mengakui, sebelum ini tidak begitu mengenali Naqiu, sehinggalah vokalis kumpulan Boboy itu menyertai program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada tahun 2019.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Noraniza berkata, itu antara kelebihan program popular tersebut yang dilihat dapat membantu artis-artis lama kembali aktif sekali gus memperbaharui jenama mereka sebagai anak seni dalam industri dan di mata masyarakat.

“Bukan saya nak mengada-ngada, tetapi jujurnya, kalau bukan kerana GV, saya sendiri pun tak tahu Naqiu nyanyi lagu apa sebelum ini. Mungkin saya pernah dengar lagu kumpulan Boboy di radio, tetapi tak tahu bahawa Naqiu adalah vokalisnya.

“Bagi saya, di sinilah pentingnya keperluan untuk program GV itu diteruskan pada setiap tahun. Bila artis itu bertanding di GV, antara kelebihan lain, radio pun akan selalu mainkan lagu-lagu kita. Saya dengar semula lagu Naqiu di radio, oh baru tahu dialah penyanyi kumpulan Boboy.

“Bagi orang lama macam saya, boleh ‘refresh’ semula lagu-lagu lama manakala bagi orang muda pula, mereka boleh kenali lagu-lagu dan artis lama yang pernah popular suatu ketika dahulu menerusi kelebihan yang ada pada program GV,”katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, bekas peserta GV musim ketujuh (GV7) ini, juga percaya bahawa program tersebut wajar diteruskan pada masa akan datang bagi memberi peluang artis-artis lama lain untuk bertanding dan menyerlahkan semula jenama mereka sebagai artis di era baharu.

“Rasa sayang jika dihentikan sebab saya percaya, saban tahun pun ramai orang tertunggu-tunggu untuk tahu artis mana yang akan terpilih dan akan membarisi penyertaan dalam program berkenaan.

“Ramai sahaja artis lama yang berbakat besar yang wajar diketengahkan semula menerusi pertandingan, sama ada mereka bersetuju atau tidak sahajalah. Semasa malam final GV yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini pun, 11,000 orang hadir beri sokongan.

“Itu menunjukkan ramai yang suka dengan program ini. Malah, ada yang datang dari jauh, termasuk dari Brunei dan Singapura. Secara tak langsung, ia dapat membantu sektor pelancongan negara sebab malam final itu sudah macam konsert besar.

“Jadi saya rasa GV ini masih lagi relevan. Cuma, kena ada penambah baikan. Mungkin dari segi kreativiti dan sebagainya demi menyuntik wajah baharu pada program itu,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya