Jadi duta bukan cuma bawa nama sendiri - Iman Troye - Utusan Malaysia

Jadi duta bukan cuma bawa nama sendiri – Iman Troye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan ikon pusat peningkatan akademik PTTI, Iman Troye, 21, tidak menolak, menggalas tanggungjawab sebagai duta program untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah satu tugas yang mudah.

Menurut Iman atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, pembabitannya sebagai duta memerlukannya untuk sentiasa bersedia apabila ditanya dengan pelbagai soalan oleh golongan pelajar terutama setiap kali melakukan persembahan.

“Tak mudah sebenarnya sebab bila ke siri jelajah, saya bukan hanya membawa nama sendiri sahaja untuk buat persembahan, tapi biasanya saya juga akan ditanya beberapa soalan oleh pelajar di sana.

“Tetapi demi tugas, saya akan meluangkan masa dengan mereka. Biasanya, saya cuba jawab dengan sehabis baik setiap pertanyaan yang diajukan, saya akan tengok cikgu mengajar, teknik digunakan.

“Dari situ saya akan tanya semula dan buat kuiz kepada pelajar. Saya akan bagi hadiah yang disediakan sendiri,” katanya.

Selain itu, kata Iman, dia juga berbangga kerana PTTI sudah banyak membantu pelajar yang bakal menduduki SPM.

“Saya dah kenal PTTI sejak habis SPM. Cuma, agak kecewa sebab zaman saya belum ada lagi, jadi saya tak dapat alternatif sebegini.

“Jadi, saya tak nak adik-adik yang ambil SPM terlepas peluang yang disediakan PTTI. Kita boleh nampak usaha mereka dengan pelbagai program yang diaturkan dan PTTI bukan satu tugas yang mudah.

“Diakui peningkatan mencanak naik. Masa saya mula-mula terbabit dengan mereka, PTTI belum buat siri jelajah lagi dan masih dalam talian. PTTI juga pergi ke lebih 200 sekolah, tapi saya tak dapat turut serta. Kali ini dapat terbabit dalam pecutan akhir SPM di NTV7,” katanya.

Iman berkata demikian semasa ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media program PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 ntv7, di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, kelmarin.

Sementara itu, turut dilantik sebagai duta, MK K-Clique, 27, yakin segala usaha yang dibuat PTTI bersama guru yang bertugas membuahkan hasil dalam usaha membantu meningkatkan prestasi golongan pelajar.

“Awalnya saya fikir sebagai duta saja, tapi sekarang segala usaha yang dibuat oleh PTTI dan cikgu-cikgu menunjukkan hasil apabila berlaku peningkatan dari segi keputusan SPM. Inisiatif untuk pelajar juga terlalu banyak.

“Bagi saya, tentunya pelajaran itu penting. Macam saya, habiskan pelajaran dulu baru ke dunia nyanyian. Saya tamat pengajian di UiTM baru fokus dengan muzik. Keluarga ada harapan untuk kita. Jadi, nasihat saya untuk semua adik-adik, pelajaran sangat penting.

“Kalau dapat ulang masa, saya akan belajar sepenuhnya untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya yang mendapat keputusan 5A 3B dalam SPM.

PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 dikendalikan barisan 13 tenaga pengajar berpengalaman yang membantu teknik menjawab soalan-soalan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.

Setakat ini, PTTI sudah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar memperoleh semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 lalu menerusi kategori ‘Most Straight A’s SPM Students In A Tuition.

Program PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 di ntv7 juga boleh diikuti secara langsung menerusi tonton Live TV dan XTRA Live TV, myfreeview (saluran 107), Astro (saluran 147), unifi (saluran 107), dan secara maya menerusi YouTube @ntv7MALAYSIAOfficial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya