Hayley William selamba pecat kru sambil menyanyi - Utusan Malaysia

Hayley William selamba pecat kru sambil menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Berang dengan kesilapan berulang seorang kru, penyanyi dan vokalis kumpulan Paramore, Hayley William, bertindak memecat pekerja belakang tabir tersebut semasa sedang membuat persembahan konsert di Rod Laver Arena, Melbourne, Australia, baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, tindakan itu dengan selambanya dilakukan oleh Hayley semasa dia sedang menyanyi di pentas sambil menukar lirik lagu Hard Times secara spontan dengan menyebut ‘seseorang bakal kena pecat dan saya perlu bercakap dengannya’.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan Hayley kerana kru terbabit berulang kali melakukan kesilapan teknikal pada konsert itu sehingga mengganggu konsentrasi penyanyi dan band tersebut untuk membuat persembahan dengan lancar.

Selain itu, Hayley juga secara spontan menyebut bahawa dia juga boleh melakukan tindakan sama seperti penyanyi terkenal, Beyonce, yang sebelum ini pernah memecat kru pada sebuah konsertnya di Amerika Syarikat (AS).

Hayley merujuk kepada sebuah persembahan Beyonce sempena Konsert Jelajah Renaissance di Glendale, Arizona sekitar Ogos lalu.

Menerusi konsert tersebut, Beyonce dikatakan berang dengan kegagalan kru untuk mengendalikan sistem teknikal dengan muzik tidak kedengaran sehingga menyebabkan penyanyi tersebut terpaksa menghentikan persembahan sebelum meninggalkan pentas bersama kumpulan penari latarnya.

Selepas 10 minit, Beyonce dan kesemua penari latarnya kembali ke pentas untuk menamatkan persembahan setelah isu teknikal tersebut diselesaikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya