Fail perceraian, tolong hormati privasi Adira - Kakak - Utusan Malaysia

Fail perceraian, tolong hormati privasi Adira – Kakak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kakak kepada penyanyi Adira, Emma Suhaimi, meminta semua pihak supaya menghormati privasi adiknya yang kini sedang diduga dengan isu perceraian dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu. 

Perkara itu dikongsikan oleh Emma menerusi satu hantaran di Instastory hari ini selain memohon agar semua pihak menghormati isu yang boleh mengundang sensitiviti.

“Pihak-pihak yang tidak menghormati sensitiviti manusia lain,semoga kamu punya kehidupan itu jauh lebih baik daripada orang lain ya.

“Saya bukan mahu bersuara tapi kasihan adik saya. Keluarga kami jenis tidak masuk campur kerana mahu menghormati privasi dia (Adira). Beri sahajalah dia masa.

“Jika dia mahu bersuara, maksudnya dia sudah bersedia,”katanya menerusi hantaran tersebut, hari ini.

Terdahulu, Emma secara sinis menegur tindakan pihak media  hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pagi tadi selain menyifatkannya sebagai tidak menghormati sensitiviti manusia lain.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia mendapatkan kenyataan daripada Adira gagal apabila penyanyi itu tidak memberi sebarang respons.

Adira Suhaimi memfailkan cerai kali kedua terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada  25 Oktober lalu. 

Menurut Peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan yang mewakili Adnan atau Datuk Red, pihaknya enggan menerima permohonan tersebut kerana masih percaya bahawa rumah tangga mereka boleh diselamatkan. 

Dalam sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, hari ini, Adira telah melantik kakaknya, Emma Suhaimi sebagai wakil untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP)  manakala Datuk Red gagal membawa calon dengan alasan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum ini, penyanyi Takdir Tercipta itu pernah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red pada 1 April 2019. 

Datuk Red dan Adira bernikah di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan,5, Anggun, 4, dan Ayob berusia setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya