Busana Azharina disamakan dengan ‘octopus’ dan limau bali - Utusan Malaysia

Busana Azharina disamakan dengan ‘octopus’ dan limau bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL : Membawakan lagu berjudul Halo nyanyian asal penyanyi antarabangsa, Beyonce, peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Azharina, meraih perhatian ramai menerusi busana yang digayakannya di pentas akhir program tersebut.

Azharina yang tampil dalam busana berwarna hijau neon bagaimanapun disamakan dengan ‘octopus’ atau sotong kurita apabila terdapat aksesori aneh yang dilekatkatkan pada bahu kanannya yang juga berwarna hijau.

Busana itu juga turut mendapat usikan pengacara, Jihan Muse, yang menyangkakan aksesori itu adalah sotong kurita.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di platform X juga mendapati ramai kalangan penonton dan peminat membuat andaian yang sama termasuk ada yang mengusik Azharina sedang memakai busana limau bali.

Dalam pada itu, ketika ditanya oleh juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat turut bertanya kepada Azharina mengenai aksesori aneh yang terdapat pada busana yang disarungkannya

“Boleh saya tanya apa aksesori yang ada pada baju awak itu? Nampak comel,”katanya.

Pertanyaan itu disambut oleh Azharina yang kemudiannya memaklumkan bahawa ia mengambil inspirasi Miss Globe, sebuah pertandingan ratu cantik dunia di luar negara.

“Nak jadi Miss Globe tak dapat, jadi buat baju sajalah. Macam bola pun ada,”katanya bercanda.

Dalam pada itu, Syafinaz berkata, persembahan Azharina sepanjang 11 minggu berada di pentas ASGV sangat memberangsangkan sekali gus menunjukkan penyanyi itu ternyata seorang ‘fighter’.

“Awak buat pilihan yang baik untuk lagu tersebut dan ia menunjukkan suara awak yang bagus. Ternyata apa sahaja yang awak bawakan awak akan perjuangkan dengan sehabis baik,”katanya.

Selain Azharina, berentap pada pentas akhir GV10 iaitu Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Tomok, Hady Mirza, Naqiu dan Liza Hanim.

Sebelum ini, Suki Low, Cliff Umar, Datuk Aishah, Ayai Illusi, Zamani, Ezad Lazim, Noryn Aziz dan Aliff Aziz merupakan peserta yang sudah meninggalkan pentas GV10.

Rancangan popular tersebut menyaksikan kesemua bintang diadili juri profesional terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Konsert GV10 diacarakan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil buat pertama kali.

Juara GV10 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya