Belum stabil, Aina Abdul rancang kukuh kedudukan sebelum ke luar negara - Utusan Malaysia

Belum stabil, Aina Abdul rancang kukuh kedudukan sebelum ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aina Abdul tidak menolak keperluan untuk mengembangkan kerjaya nyanyiannya ke peringkat lebih tinggi dengan menembusi pasaran negara luar.

Bagaimanapun, penyanyi terkenal itu percaya bahawa dia perlu mengukuhkan kedudukan di tanah kelahiran sendiri sebelum merancang ke negara lain seperti Indonesia.

“Saya rasa keberadaan saya dalam dunia hiburan tempatan masih belum stabil. Justeru saya perlu kukuhkan dahulu kedudukan di Malaysia sebelum ke negara luar.

“Saya tak sabar nak melangkah ke tahun 2024. Banyak perancangan yang telah dibuat terutamanya usaha untuk menyantuni peminat-peminat saya di luar Kuala Lumpur seperti Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Aina juga meluahkan rasa syukur kebanyakan perancangan untuk kerjayanya pada tahun ini berjaya dicapai.

“Saya tak nafikan tahun ini tahun yang paling ‘gila’ dan menyeronokan untuk saya. Di tahun ini jugalah saya berpeluang mengadakan konsert mega, melahirkan album sulung dan banyak lagi.

“Dan yang paling penting, saya mengenali ramai kawan baru yang bukan sahaja menolak saya kedepan, tetapi juga mengajar saya untuk berseronok dalam sibuk bekerja.

“Jadi saya sifatkan tahun ini adalah tahun penting yang menjadi tempoh pembelajaran bermakna untuk saya sebagai penyanyi,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya