Angkara jadi ‘pelesit’, Nikki Palikat akui lutut lebam-lebam - Utusan Malaysia

Angkara jadi ‘pelesit’, Nikki Palikat akui lutut lebam-lebam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Penyanyi, Nikki Palikat, 38, mendedahkan, gara-gara mahu menjelma seperti ‘pelesit’ di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV), dia menanggung rasa sakit selain kedua-dua lututnya mengalami lebam-lebam.

Menurut Nikki, kesakitan yang dialami berlaku sejak dua hari lepas ketika dia menjalani sesi latihan untuk persembahannya sempena ‘pertarungan’ di minggu separuh akhir menerusi lagu Gemuruh (Wings) dan Pelesit Kota (Search).

“Persembahan untuk kedua-dua lagu tersebut semalam memang spontan. Saya cuba juga rancang nak bawakan lagu ini macam mana tetapi intipati muzik rock, ia tidak boleh dirancang-rancang.

“Penyanyi kena menyatu dengan muzik dan ketika buat ‘slide’ dan beraksi lasak itu, saya memang tak rancang langsung. Bila selesai latihan, tengok kedua-dua lutut saya lebam dan rasa sakit.

“Itulah, bila dah datang ‘mood’ begitu, kita cuma fikir nak berikan yang terbaik. Jadi, tak kisahlah lebamkah atau sakitkah, kita redah saja,”katanya.

Nikki berkata demikian semasa ditemui usai program berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, semalam.

Selain itu, ditanya mengenai busana yang disarungkan olehnya sempena persembahan semalam, kata Nikki, ia merupakan hasil ciptaan pereka fesyen terkemuka tanah air, Melinda Looi.

Jelas Nikki, dia secara peribadi telah meminta Melinda untuk menghasilkan busana yang menyerupai serangga belalang selain turut bercirikan penampilan bak seorang wanita ahli sihir.

“Menerusi lagu yang dibawakan, apa kata saya jadi seperti perempuan sihir yang kemudiannya bertukar menjadi bentuk pelesit. Jadi, siapa lagi yang boleh hasilkan baju dengan idea seperti itu kalau bukan Melinda?

“Selepas dihubungi, Melinda hantar beberapa keping gambar contoh tetapi akhirnya saya pilih busana yang digayakan semalam. Kalau perasan, perhiasan di kepala saya pun macam sesunggut, nampak macam serangga bukan?”katanya.

Selain itu, tambah Nikki, dia juga telah meminta pasukan tulang belakangnya untuk meletakkan kepercayaan penuh terhadap idea persembahannya pada malam separuh akhir tersebut.

“Saya dah imaginasikan nak sesuaikan persembahan yang bagaimana, saya cuma minta pasukan saya berikan kepercayaan penuh kepada saya. Kalau tidak, pada awalnya mereka tak berapa setuju sangat.

“Ia termasuk mengenai susunan lagu. Mereka bimbang energy akan menurun jika saya buat susunan begitu. Tetapi saya fikir, intro kedua yang dimasukkan itu adalah unik dan sesuai dengan transisi saya dari perempuan sihir menjadi ‘pelesit’,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya