Zahiril Adzim pernah tiada tawaran berlakon selama setahun - Utusan Malaysia

Zahiril Adzim pernah tiada tawaran berlakon selama setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pelakon, Zahiril Adzim, mendedahkan dia pernah tidak menerima tawaran berlakon selama setahun.

Menurut Zahiril atau Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 39, dia menganggap kemungkinan usia menjadi faktor terbesar mengapa tawaran lakonan semakin berkurang memandangkan pihak produksi tidak tahu watak yang sesuai diberikan kepada pelakon generasinya.

“Naskhah terakhir saya berlakon ialah filem Budak Flat untuk Prime Video kemudian tiada tawaran selama setahun sehinggalah baru-baru ini ada penggambaran untuk drama TV3. Itupun hanya watak pembantu.

“Tidak tahulah mengapa situasi itu berlaku sehingga tiada tawaran yang masuk. Mungkin apabila sudah semakin berusia, ia memberi impak jenis watak yang ditawarkan pengarah.

“Situasi ini juga dihadapi oleh ramai pelakon generasi saya. Kalau nak pegang watak bapa terlalu muda, kalau nak jadi pelajar sekolah pula terlalu tua,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Selain itu, tegas Zahiril, dia tidak pernah cerewet soal pemilihan watak, cuma mungkin tiada rezeki untuknya mendapat tawaran berlakon.

“Saya tidak pernah menolak jika ditawarkan watak seorang bapa. Sebelum ini saya pernah bawa watak itu tapi anak saya jadi sama tinggi pula. Bukan memilih tetapi sehingga hari ini pun, kalau jenis jalan cerita tidak logik, memang saya tak okey.

“Tapi jika itu naskhah komedi yang memang boleh melanggar hukum logik, saya akan terima,” jelasnya.

Terkini, Zahiril puas berlakon di bawah arahan pengarah baru, Eugene Lim, menerusi filem Budak Flat di Prime Video.

Dia mengakui penggambaran ini penuh cabaran apabila separuh penggambaran dilakukan semasa bulan Ramadan tahun lalu.

“Saya tak sangka letih juga berlakon filem ini. Saya siap pernah beritahu isteri sangat mencabar juga berlakon semasa bulan Ramadan. Namun bila lihat hasilnya, saya tidak rasa rugi menabur tenaga untuk filem ini sebab hasilnya memang mantap.

“Eugene Lim ada cara tersendiri paparkan kehidupan di rumah flat dalam filem ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya