Tidak tersinggung gambar lama tular, ‘braces’ buat Alif Satar lebih kacak - Utusan Malaysia

Tidak tersinggung gambar lama tular, ‘braces’ buat Alif Satar lebih kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti serba boleh, Alif Satar, tidak tersinggung apabila gambarnya ketika berusia 16 tahun kembali tular di media sosial.

Menurut Alif, gambar tersebut mengimbau kenangan di awal penglibatannya sebagai penyanyi terutamanya ketika pertandingan One in a Million (OIAM).

“Ini sebenarnya sudah kali ketiga gambar saya tular. Saya dengan pengikut di Instagram sangat rapat, kalau ada masa saya akan respons.

“Saya okay, tidak tersinggung jika mereka ketawakan saya. Semua orang akan melakui fasa hodoh masing-masing.

“Gambar itu ketika zaman OIAM, manalah saya tahu bergaya. Ketika itu bila orang suruh warnakan rambut, pakai rantai, semua saya buat,” katanya.

Alif ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan episod akhir drama Bukan Sekadar Lafaz, di sebuah restoran, semalam.

Bercerita mengenai perubahan fizikal, Alif percaya berat badan dan pendakap gigi banyak membantu penampilannya.

“Mungkin yang buat saya nampak lain ialah selepas saya pakai pendakap gigi dan berat badan. Dulu berat saya 45kg sekarang 75kg.Gambar itu peringatan yang baik untuk saya.

“Kenangan yang manis untuk ingat kembali macam mana saya dan Faizal Tahir teruja apabila pelakon Gol & Gincu, budak Akademi Fantasia dan Pak Nil sendiri datang tengok kami di pentas akhir OIAM,” tambahnya.

Sebelum ini, gambar Alif pada tahun 2006 kembali tular di media sosial apabila ada peminat yang membandingkan penampilannya dahulu dengan sekarang.

“Sampai hati korang gelak dekat aku. Puberty hit me hard,” tulis Alif di Instagramnya.

Ramai yang memberi respons terhibur dengan komen berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN