Tetap tayang pakai Dior, Zahirah MacWilson dikecam netizen - Utusan Malaysia

Tetap tayang pakai Dior, Zahirah MacWilson dikecam netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Zahirah MacWilson, 28, menjadi sasaran kecaman golongan netizen apabila dia didakwa tidak sensitif dengan isu Palestin-Israel yang kini menyaksikan pelbagai usaha boikot jenama-jenama produk tertentu diteruskan sebagai tindakan solidariti.

Menerusi beberapa hantaran di media sosial, Zahirah dilihat masih memuat naik hantaran yang memaparkan dirinya menggayakan barangan berjenama mewah antarabangsa termasuk Dior yang dikaitkan dengan produk Israel.

Perkara tersebut dianggap netizen sebagai satu tindakan yang tidak sensitif apalagi pada waktu ini semakin ramai artis mula cakna dan turut sama bersolidariti demi saudara Islam di Palestin.

Berikut adalah beberapa respons beberapa pengguna Instagram yang ditinggalkan di ruangan komen akaun milik Zahirah.

“Jenama ini menyokong pembunuhan beramai-ramai, awak sebenarnya mampu lakukan lebih baik daripada ini,” sugardoll.labuan.

“Sebab bukan keluarga awak, bukan anak-anak awak, bukan ibu bapa awak, bukan adik kakak awak yang dibom, diculik, dirogol, dibunuh, diseksa, sebab itu. Dior menyokong pembunuhan beramai-ramai.

“Rata-rata komen sebab kontrak dah ada, itu dan ini, Tetapi kalau percaya bahawa Allah Maha Pemberi Rezeki, jihad kecil begini Allah pandang. Jangan kata ‘Allah faham situsi kita’. Moga Allah ampunkan ketidakupayaan kita semua. Sedihlah tengok selebriti Malaysia. Maaf kata-kata saya mengguris hati,” kata Lanifuad.

“Tolong sedar yang Dior menyokong pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. Kita perlu boikot produk ini walaupun akan kehilangan tawaran kerja.

“Saya tak fikir perkara ini adalah sesuai untuk dikongsikan di saat peperangan sedang berlaku apalagi mempromosikan penyokong mereka yang melakukan penindasan,” Ms Zitu.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati Zahirah masih berdiam diri dan tidak membuat sebarang respons mengenai kecaman demi kecaman yang diterimanya di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya