Teater Dang Anum dapat tawaran ke Batam dan Riau - Utusan Malaysia

Teater Dang Anum dapat tawaran ke Batam dan Riau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) meluahkan rasa syukur apabila karya teater Dang Anum mendapat tawaran untuk mengadakan jerayawara (roadshow) ke beberapa negeri di dalam dan luar negara meskipuh baru beberapa hari selesai dipentaskan di ibu negara.

Menurut penerbit dan pengarahnya,Amirul Haswendy Ashari, tawaran itu muncul daripada kalangan peminat teater yang menghubungi The Redholah dan menyatakan minat untuk membawa naskah tersebut ke beberapa lokasi terpilih.

“Pada awal mendapat tahu mengenai tawaran itu, pihak persatuan agak terkejut, seperti bermimpi pula!

“Pihak itu menawarkan kerjasama dan tajaan untuk membawa Teater Dang Anum ke beberapa negeri di Semenanjung,” katanya.

Lebih mengejutkan, kata Amirul, pihak yang membuat tawaran itu mahu naskah ini turut dipentaskan di Batam dan Riau, Indonesia.

“Kami anggap perkara ini sebagai satu berita yang menggembirakan buat seluruh produksi dan persatuan. Apatah lagi, naskah ini sememangnya sangat dekat dengan masyarakat terutama bangsa Melayu yang tinggal di beberapa kepulauan Melayu seperti Batam dan Riau.

“Setakat ini kami belum bersedia untuk mendedahkan siapa pihak itu kerana masih dalam proses perbincangan, lagi pun kami mahu Teater Dang Anum ini selesai terlebih dahulu.

“Jika ada rezeki, tidak mustahil naskah ini akan ‘mengembara’ ke seluruh pelusuk negara termasuk ke negara jiran,” katanya.

Dalam pada itu, Teater Dang Anum yang mula dipentaskan pada Sabtu dan Ahad kelmarin, berjaya menarik hampir 500 penonton.

Pementasan Teater Dang Anum di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur menampilkan Ain Sufia sebagai Dang Anum, Azizul Ammar sebagai Megat Seri Rama/Laksamana Bentan, Along Eyzendy sebagai Sultan Mahmud dan Adam Shahz sebagai Tun Beja Ali.

Selain menampilkan pelakon teater berpengalaman seperti Md. Hussin, Azhar Jalil, AG Hafiz, Shareezwan, Myza Alid, Eyza Shariff, Affan Mohd dan ramai lagi.

Teater Dang Anum adalah projek teater pertama The Redholah di bawah Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kolej Seni Kreatif, Pengajian Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Untuk perkembangan lanjut mengenai aktiviti persatuan, sila ikuti laman sosial Instagram, Facebook dan Tiktok The Redholah atau menghubungi talian 014 368 5233 atau emel ke [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya