Saya minta maaf dengan isteri setiap malam walau tak buat salah - Mawi - Utusan Malaysia

Saya minta maaf dengan isteri setiap malam walau tak buat salah – Mawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan penyampai radio, Mawi, mendedahkan, sudah menjadi kebiasaannya untuk memohon maaf kepada isterinya, Ekin, pada setiap malam sebelum tidur walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan.

Menurut Mawi, atau Asmawi Ani, 42, itu adalah caranya menghargai kehadiran isteri, Nora’ Asikin Rahmat, yang setia bersama dan menjaganya walaupun pernah menghidap sakit misteri beberapa tahun lalu.

Mengimbau kembali detik sukar pada 2013, Mawi menjelaskan keadaan dirinya sangat teruk apabila dikatakan sudah hampir gila, muntah darah dan sempat hilang ingatan menyebabkannya menyepi dari industri seni selama lima tahun.

“Dalam tempoh itu, memang saya tidak lagi bernyanyi. Apa yang paling menyentuh, Ekin tidak pernah meninggalkan saya.

“Memandangkan dia mahir ilmu perniagaan, dia buat bisnes dan saya bantu semampu boleh. Kami sama-sama bangunkan perniagaan untuk kelangsungan hidup.

“Selepas keluar dari hospital dulu, ingatan saya seperti terganggu. Ekin pun saya tidak kenal. Saya ambil masa tiga bulan untuk pulihkan memori. Ekin memang sangat penyabar. Betullah dia bidadari dan pelengkap hidup saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut penyanyi Aduh Saliha itu lagi, walaupun kenangan sakit misteri itu pahit ditelan namun ia menjadi hikmat besar yang menguatkan cintanya kepada isteri.

“Selepas saya sembuh, cinta dan sayang saya kepada isteri bertambah. Sebelum ini bukannya saya tak cinta, cuma selepas sakit dan melihat perjuangan Ekin, saya semakin menghargainya.

“Walau tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya akan minta maaf kepada Ekin setiap malam. Dia juga melakukan perkara yang sama.

“Peristiwa lalu juga mengajarkan saya dan Ekin untuk berhati-hati. Dia juga yang siapkan bekal dan air untuk saya setiap hari sebelum bekerja,” tambahnya.

Untuk rekod, Mawi dan Ekin sah menjadi suami isteri pada 20 Disember 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Cahaya Malaika, 11.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya