Hantaran saya tidak boleh mengubah dunia - Selena Gomez - Utusan Malaysia

Hantaran saya tidak boleh mengubah dunia – Selena Gomez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon antarabangsa, Selena Gomez, mengumumkan berehat daripada menggunakan media sosial selepas terkesan dengan peperangan yang tercetus di Palestin sejak 7 Oktober lalu.

Menerusi hantaran di Instastory, penyanyi Calm Down itu mengakui hatinya hancur melihat keganasan yang berlaku melibatkan kanak-kanak.

“Saya berehat daripada menggunakan media sosial kerana hati saya hancur melihat keganasan dan kebencian yang berlaku di dunia.

“Orang disiksa dan dibunuh atas nama kebencian oleh mana-mana pihak adalah sangat ngeri.

“Kita semua perlu melindungi semua orang terutama kanak-kanak dan hentikan semua kejahatan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Selena turut memohon maaf jika kata-kata dan tanda pagar di media sosial tidak cukup kuat untuk menyelamatkan dunia.

“Saya mohon maaf jika kata-kata saya tidak cukup untuk semua orang. Saya tidak sanggup melihat orang yang tidak bersalah dicederakan.

“Saya harap saya boleh mengubah dunia, tapi hantaran di Instagram tidak akan mengubah dunia,” tulisnya.

Kenyataan Selena yang merupakan artis dengan pengikut paling ramai sebanyak 430 juta di Instagram itu kemudiannya mengundang kritikan ramai.

Ramai beranggapan pelakon itu sedang bertindak neutral terhadap konflik yang berlaku di Gaza.

“Tidak dapat mengubah dunia? Awak ada 430 juta pengikut, dan tidak berani langsung untuk melawan pembunuhan beramai-ramai?” tulis satu komen di platform X.

“Sebab itu saya menyampah dengan selebriti yang pilih jalan neutral sebab nak selamatkan reputasi mereka,” komen seorang lagi peminat.

“Tak mengubah dunia? Bukankah sebelum ini awak merupakan aktivis kemanusiaan? apa jadi dengan semangat itu?” soal individu yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya