Nak boikot media sosial? Kita dapat info berita pun dari situ - Haris Ismail - Utusan Malaysia

Nak boikot media sosial? Kita dapat info berita pun dari situ – Haris Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penceramah bebas, Haris Ismail, 28, menggesa semua masyarakat supaya tidak bertindak melulu dalam melakukan usaha boikot sehingga ada yang menyifatkan media sosial juga perlu berada dalam senarai yang sama.

Menurut Haris, dia percaya media sosial mampu menjadi satu medium komunikasi, menyampai dan menerima buat pengguna yang ingin mendapatkan maklumat mengenai isu Palestin.

“Jangan kata ‘eh kau pakai Instagram, Tik Tok, Facebook buat apa? Itu semua yahudi’, bagi saya, jangan pandang macam itu kerana ia adalah satu bentuk pengasingan.

“Cara memboikot mestilah diasingkan. Ada orang guna cara boikot dengan cara dia bercakap atau menyampaikan maklumat di media sosial, betul tak? Hari ini, kenapa kesedaran kita semakin tinggi mengenai isu semasa?

“Ada ketika bila bangun pagi pun kita terfikir rakyat di sana keadaannya bagaimana? Kena bom lagikah dan sebagainya. Dari mana anda tahu? Tak akanlah 24 jam duduk di depan televisyen, mestilah menerusi media sosial,”katanya.

Haris berkata demikian dalam satu perkongsian hantaran di Instagram semalam.

Jelas suami kepada selebriti dan usahawan popular tanah air, Noor Neelofa ini lagi, dia percaya menerusi kekuatan media sosial, masyarakat lebih berasa terkesan dengan penderitaan yang dialami rakyat Palestin akibat kekejaman rejim zionis.

“Katakanlah, kalau ideologi ini dibawa, katakanlah ada orang cakap ‘tak payahlah muat naik apa-apa, tak ada kesan pun’. Kalau anda tak nampak benda-benda itu di media sosial, macam mana nak dapat penjelasan itu? Macam mana nak rasa kesedihan itu?

“Sebab itu, jangan ada seseorang pun daripada kita memberitahu ‘jangan boikot’. Kita teruskan usaha boikot ini sehingga mereka tak ada langsung kebergantungan kepada duit kita.

“Jangan pandang rendah pada usaha boikot ini. Kita semua kena semangat dalam perkara ini dan biarkan ekonomi mereka jatuh. Kalau boleh, kita tak nak satu sen pun duit kita terlibat dalam kezaliman mereka menghancurkan saudara-saudara Islam kita di sana,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya