Makin banyak kebenaran cuba ditutup pihak tertentu- Uyaina Arshad  - Utusan Malaysia

Makin banyak kebenaran cuba ditutup pihak tertentu- Uyaina Arshad 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, mendedahkan, akaunnya di Tik Tok telah disekat oleh pihak tertentu hanya kerana perkongsian surat Osama Bin Laden (OBL) kepada Amerika Syarikat (AS) yang telah diterjemahkan olehnya baru-baru ini. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Uyaina berkata, perkara itu amat menyedihkan kerana sekali gus menunjukkan bahawa semakin banyak kebenaran tentang isu Palestin-Israel cuba dibongkar semakin banyak pihak cuba memberi sekatan di media sosial. 

“Geram, sedih dan tidak adil. Tetapi itulah realiti bioa berkaitan media sosial yang kita guna tetap dikawal oleh pihak tertentu. Setiap kebenaran yang cuba disampaikan mereka akan cuba tutup. 

“Saya sedar akaun Tik Tok disekat selepas kongsikan surat terbuka OBL di platform tersebut. Perkongsian terjemahan surat itu telah mendapat tanda suka yang banyak, dikongsi dan dibaca oleh beratus ribu pengguna dalam tempoh sejam. 

“Saya ambil inisiatif untuk terjemahkan surat itu dalam bahasa Melayu sebab tahu mungkin ramai kalangan pengguna yang kurang fasih bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya dapat difahami oleh orang kita termasuk Indonesia,”katanya. 

Bagaimanapun kata Uyaina, perkara itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus membuat perkongsian mengenai kebenaran dan solidariti terhadap rakyat Palestin. 

“Justeru, saya segera buat satu lagu akaun baharu. Saya tak akan putus asa walaupun terkena begini, walaupun ada yang kecam. Ya,saya turut dikecam kerana dianggap lantang berkongsi tentang Palestin. 

“Ada segelintir anggap saya ini tak tahu apa-apa, walhal saya bercakap dan kongsi perkara yang berasaskan fakta, bukannya direka-reka. 

“Tak apa, saya bangkit dan akan terus sebarkan kebenaran lagi sebab masih ramai yang memberi sokongan kepada perkongsian saya di media sosial,”katanya.

Ahad lalu, Uyaina menerusi platform X meluahkan rasa kecewa kerana akaun miliknya di TikTok yang telah meraih seramai 600,000 orang pengikut sudah disekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya