SHAH ALAM: “Dulu kamu Jarang nyanyi sumbang,”
Itu pandangan Datuk Ramli MS terhadap persembahan peserta GV10, Azharina Azhar yang membawakan lagu Sejati l dipopularkan Faizal Tahir.
Menurut Ramli, prestasi penyanyi lagu Seandainya itu seakan menurun berbanding dengan penyertaannya pada GV musim ke-3 dimana dia dinobatkan sebagai juara.
“Sekarang KPI kamu menurun, tenang kamu hilang. Kamu yang kawal.
“Seterusnya, kena lebih bertenang dan KPI kena keep on going. Kamu tak fokus, benda remeh tak sepatutnya ada,” katanya selaku juri tetap program itu.
Dalam pada itu, Datuk Syafinaz Selamat yang turut menjurikan persembahan Azharina menyifatkan penyanyi itu terlalu bersungguh-sungguh untuk memenangi hati penonton.
“Jangan try too hard, fokus pada diri sendiri. Tak perlu cuba overshadow, impress orang.
“Kalau awak enjoy awak bagi terbaik. Jadi, relaks,” komennya. – UTUSAN