Konsert Hrithik Roshan Stars On Fire ditangguhkan - Utusan Malaysia

Konsert Hrithik Roshan Stars On Fire ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Berita duka buat semua peminat Hrithik Roshan, penganjuran konsert Stars on Fire Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember ini terpaksa ditunda kepada satu tarikh baharu yang belum dimaklumkan.

Menurut satu kenyataan daripada penganjur, Yess Boss Group, keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan daripada beberapa penganjur bersama yang lain iaitu Dembi Productions dan Heart Art Production Pt Ltd.

“Dukacita dimaklumkan, penganjuran konsert Stars On Fire terpaksa ditunda atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. 

“Pihak kami telah berbincang dengan rakan penganjur yang terlibat dan berusaha mencari tarikh baharu yang lebih sesuai untuk meneruskan acara tersebut yang turut melibatkan artis-artis bernama besar.

“Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,”kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, menurut penganjur, pihaknya akan memulangkan semula wang penonton dan proses tersebut akan melibatkan kerjasama ejen tiket yang dilantik.

“Sekiranya ada sebarang masalah mengenai proses pemulangan wang, boleh segera hubungi ejen tiket dan pasukan kami di [email protected] atau +6011-2186-8055 / +6011-2146-6055,”katanya.

Selain Hrithik, konsert yang sepatutnya berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut membariskan artis ternama Bollywood seperti Bharti Singh, Harsh Limbachiyaa, Aastha Gills, Vaani Kapoor dan Sanya Malhotra.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya