Himpunan Kemanusiaan Palestin, artis turut bersolidariti - Utusan Malaysia

Himpunan Kemanusiaan Palestin, artis turut bersolidariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :Demi solidariti terhadap rakyat Palestin, selebriti dan usahawan popular, Ifa Raziah menghimpunkan barisan selebriti dan pengunjung sempena Himpunan Kemanusian Palestine di Juru Auto City, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Program tersebut dirangka sebagai salah satu aktviti dalam acara Starvendors Penang Foodstival 2023 yang berlangsung pada 10 hingga 12 November lalu.

Dia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Starvendors mengakui turut bersyukur dan berterima kasih kepada pengunjung yang hadir ke himpunan tersebut bagi menunjukkan tanda solidariti kepada saudara Islam di bumi Gaza.

“Himpunan ini adalah yang pertama di adakan di Juru, Pulau Pinang. Dalam kita bergembira, jangan dilupakan saudara Islam kita di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel.

“Kami di sini turut bersedih dengan apa yang berlaku di sana. Angka kematian terus meningkat kepada lebih 11,000 orang yang membabitkan lebih 4,500 kanak-kanak, 3,027 orang wanita, lebih 678 orang warga emas dan lebih 27,490 orang cedera,” katanya.

Malah, tambah Ifa, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Wadi Anuar turut diundang memberikan tazkirah berkenaan isu peperangan yang melanda bumi bergolak di Gaza.

“Selain ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wadi Anuar, kami juga bersama Pertubuhan Khidmat Ummah turut membuat kutipan untuk Misi Bantuan Palestine yang akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di sana.

“Ingat, anak Melayu, Cina, India dan Palestin itu semua adalah anak kita!,” ujarnya.

Bercakap tentang Starvendors Penang Foodstival, kata Ifa, dia membawa lebih 45 selebriti dan pempengaruh media sosial tanah air bagi memeriahkan karnival tersebut.

“Alhamdulillah, kita berjaya pecahkan rekod Malaysia Book of Records untuk penganjuran festival makanan di Pulau Pinang.

“Selain kita berjualan, ada juga booth artis seperti Mila Jirin yang hasil jualannya itu akan di sumbangkan ke Tabung Palestine.

“Terima kasih kepada semua barisan selebriti,pempengaruh, vendors dan penaja-penaja kami yang terus memberi sokongan kepada Starvendors,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya