Hamil? Tak perlu tanya banyak kali, doakan sahaja - Uqasha Senrose - Utusan Malaysia

Hamil? Tak perlu tanya banyak kali, doakan sahaja – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Uqasha Senrose, 31, mengakui sudah lali diasak dengan pertanyaan mengenai soal kehamilan sejak dia mendirikan rumah tangga dengan aktor, Kamal Adli, dua tahun lalu.

Menurut Uqasha, dia tidak berkecil hati tentang pertanyaan yang diajukan namun meminta agar semua pihak dapat mendoakan supaya dia dan suami segera dikurniakan zuriat sekali gus membina keluarga kecil mereka.

“Sebenarnya soalan ini paling banyak saya dapat dan malas nak jawab. Betulkah saya hamil?

“Doa dan minta yang baik-baik sahaja. Kita semua nak zuriat,” katanya menjawab soalan yang diterima daripada netizen dalam Instagram semalam.

Uqasha yang popular menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa itu turut berkata, dia akan memaklumkan kepada semua pihak sekiranya Allah SWT mengurniakan zuriat kepada mereka berdua kelak.

“Nanti sampai masanya ada dan Allah beri, kita tak beritahu pun orang akan nampak. Tak perlu tanya banyak kalilah ya,”katanya.

Semalam, tular mengenai dakwaan isteri kepada pelakon Kamal Adli itu sedang berbadan dua apabila ada yang terlihat bentuk ‘baby bump’ dalam beberapa video siaran langsung TikTok baru-baru ini.

Meskipun ramai bertanya, dia tidak membalas soalan sebegitu dan hanya membiarkan netizen terus berteka-teki.

Sebelum ini, dia mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu ketika menunaikan umrah pada awal tahun 2022 dan sekitar November pada tahun sama.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal, 37, atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli pada 5 November 2021 di Bentong, Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya