SHAH ALAM: Suasana auditorium MBSA, Shah Alam bertukar gamat gara-gara persembahan bertenaga peserta GV10, Hady Mirza membawakan lagu Roman Cinta pada konsert minggu ketujuh malam tadi.
Hady yang menjadi peserta terakhir membuat persembahan sebentar tadi berjaya memenangi hati juri yang rata-rata berpuas hati dengan kecemerlangannya membawa lagu yang dipopularkan kumpulan Mojo itu.
“Persembahan ini tak perlu banyak cakap (komen), best. Saya rasa sangat baik, dapat rasakan energy.
“Walaupun nada tinggi, anda masih dalam keadaan terkawal. Itu sepatutnya yang berlaku. Saya dapat rasakan.
“Dalam banyak-banyak persembahan awak, setakat ini yang terbaik,” komennya.
Berdasarkan persembahan cemerlang, Hady disebut-sebut sebagai peserta yang berpotensi untuk menduduki tangga pertama konsert GV minggu ini.