SHAH ALAM: Perjalanan penyanyi, Ezad Lazim, dalam program All Stars Gegar Vaganza (GV10) ternoktah selepas dia diumumkan tersingkir pada konsert minggu ketujuh malam tadi.
Ezad yang menyanyikan lagu Seksa dipopularkan kumpulan Ukays jatuh ke tangga tercorot minggu ini.
“Syukur Alhamdulillah sama sama dapat memeiahkan GV kali ini.
“Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Jangan lupa saksikan konsert Exist pada Disember depan,” katanya.
Ketika ucapannya Ezad sempat memaklumkan rumahnya dinaiki air kerana banjir.
Sementara itu, Hady Mirza menepati ramalan apabila berjaya menduduki tangga pertama kali ini. Kedudukan kedua menjadi milik Jaclyn Victor manakala Liza Hanim dikedudukan ketiga.
Kesemua peserta pada minggu kelapan perlu mempersembahkan lagu-lagu yang menjadi pilihan juri tetap, Datuk Ramli MS.
GV10 dijurikan Ramli, Datuk Shafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang. – UTUSAN